Utusan Borneo (Sabah)

PKKR Esszone Tawau akan sering dipantau

- Oleh HAMZAH SANUDIN MOHD Shukri memeriksa laporan daripada PKKR Esszone Tawau di Pulau Sebatik.

TAWAU: Penolong Pegawai Rela Daerah (PPRD) Pegawai Operasi Mohd Shukri, PPRD Pegawai Latihan Mohd Ihsan dan PPRD Pegawai Operasi Mohd Ashraf dan juga Ahli Bersekutu Rela Chong Kam Wah daripada Pejabat Rela Daerah Tawau telah membuat tinjauan Pusat Khidmat Komuniti Rela (PKKR) Esszone Tawau di Pulau Sebatik yang melibatkan tiga PKKR iaitu Mentadak Baru, Wallace Bay dan Bergosong Besar baru-baru ini.

Esszone Tawau Pulau Sebatik mempunyai 150 anggota dan menjalanka­n rondaan di dalam kampung menggunaka­n motosikal dan jalan kaki dalam tiga kumpulan secara bergilir tanpa henti selama 24 jam bagi memastikan keadaan kampung dan keselamata­n negara sentiasa aman.

Mohd Shukri berpuashat­i dengan kerjasama yang ditunjukka­n oleh PKKR dan tugas yang diberikan dijalankan dengan baik.

Katanya, Pejabat Rela Tawau juga akan sentiasa membuat pemantauan seperti ini di setiap PKKR.

“Setiap anggota rela perlu sentiasa berdisipli­n semasa menjalanka­n tugas dan mempunyai sikap tanggungja­wab dalam mengurangk­an kadar jenayah di kawasan masing-masing,” katanya.

Sementara, Penolong Pesuruhjay­a Rela (Bersekutu) Chong Kam Wah berkata, ahli rela Pulau Sebatik sentiasa mengikuti SOP yang digariskan dalam menjaga keselamata­n kampung dan keselamata­n negara serta sentiasa berjaga-jaga terutamany­a kes pendatang asing dan penyeludup­an.

Semasa tinjauan dijalankan barisan pegawai telah memberikan taklimat tatacara penugasan mengikut SOP yang dikehendak­i oleh Jabatan Rela Malaysia.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA rela membuat rondaan di dalam kampung.
ANGGOTA rela membuat rondaan di dalam kampung.
 ??  ?? BARISAN pegawai memberikan taklimat kepada anggota rela.
BARISAN pegawai memberikan taklimat kepada anggota rela.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia