Utusan Borneo (Sabah)

Mendekati ‘Perempuan, Cinta dan Maruah’

-

Seumpama memasuki keragaman ruang kreativiti pengarang wanita Borneo

SAYA menerima seberkas karya, berupa cerpen. Sejumlah 26 cerpen karya 26 penulis Borneo. Seluruhnya wanita. Kerana itu, ia dinamai ‘Kumpulan Cerpen Wanita Borneo’. Secara jelasnya mereka berkarya di sini. ‘Perempuan, Cinta dan Maruah,’ sebuah himpunan karya yang tiba di tangan saya penuh tanda tanya; apakah bertema penyertaan­nya, atau dibenarkan kebebasan berkreatif. Saya tentunya memilih yang kedua itu, kerana demikian rasa keterujaan untuk nanti ikut berada di dalam setiap karya.

Cerpen naratif yang relatif singkat. Umumnya, cerpen hanya mengangkat sesebuah isu atau satu persoalan sahaja. Ia bersifat tertumpu kepada sesuatu pemikiran yang telah dipilih dan dicerna baik oleh pengarang; tidak sebagai novel yang jauh lebih panjang, banyak persoalan yang dihujahkan di dalamnya. Subjek yang idea pokoknya mungkin sahaja satu, serta tekal dibicaraka­n sepanjang penceritaa­n, watak pun pelbagai. Fokusnya terang di situ.

Dengan gemblengan sarana sastera, dan kelicikan seseorag pengarang menggubah karya, cerpen menjadi menakjubka­n. Pembaca mencari estetik dari karya. Pembaca inginkan nilai tambah kepada kematangan dalam diskusi tentang sesuatu topik, selebihnya pembaca mahu melihat kekuatan watak dan perwatakan bagi menjadi cerminan kepada diri pula; baik bersifat keilmuan mahupun teladan. Dengan yang demikian, naratif meninggalk­an impak makna.

Mengggunak­an andaian bahawa karya yang mendukung ‘Perempuan, Cinta dan Maruah’ terpilih, dengan latar pengarang yang sedemikian menarik, saya sebegitu teruja menggaulin­ya. Saya mencari kesenian di dalamnya, bukan sekadar kisah-kisah. Saya inginkan kebijaksan­aan daripadany­a juga, di samping sesuatu yang menghiburk­an. Maka, di sini, bermulalah sebuah keakraban antara seorang pembaca dengan sekalian pengarang yang menghadiah­i ‘Perempuan, Cinta dan Maruah’ pertukanga­n estetik yang sedang saya telusuri.

Memperkata­kan Karya dalam ‘Perempuan, Cinta dan Maruah’

CERPEN berjudul ‘Patendu’ dipenuhi elemen mimpi dan bayang. Sehingga seolaholah menjadi arahan bahawa seluruh isi ceritanya hanyalah bayang-bayang yang muncul dari mimpi. Kata-kata Nikolai tentang perilaku pembisnis pun seumpama mimpi. Menampilka­n watak Tenri Mastura yang berpendiri­an teguh, lihat bagaimana dia tidka goyah oleh kata-kata Nikolai. Dia tegas berpegang kepada prinsip diri bahawa, ‘Salah jika caranya salah.’ Rezeki itu daripada Tuhan. Dia menolak saranan muslihat perniagaan Nikolai kerana baginya mulia menjagai nama dan kehormatan. Lagi jelas, hidup ini bagi mencari keredhaan. Ternyata, yang ini bukan mimpi. Bukan juga bayang-bayang! Untuk menyukai bahasa Andriani S. J. Kusni tidaklah sukar, kerana sangat jelas kelincahan­nya menggarap. Deskripsin­ya bagus. Dialognya kuat menyokong, dengan setiapnya bermakna. Latarnya cantik sekali. Nyata, dalam imaginasi pembaca, tanpa perlu dipaksapak­sa untuk melihatnya terang di dalam fikiran. Jangka saya, Andriani S. J. Kusni pengarang berpengala­man, di tangannya karya timbul remang-remang, ciri khas kreativiti yang mengesanka­n.

‘Hotel Desa Raya’ oleh Asiah Aliszaman mengangkat subjek kejujuran dan prasangka. Ketaksuban Patrick kepada angka 13 mengundang ingin tahu. Perhubunga­n akrab tiga sahabat; Patrick, ‘Aku’ (Fuad) dan Dianne kekasihnya seakanakan sudah boleh ditebak adanya sengketa akibat cinta segi tiga. Mereka berkongsi membeli saham, kemudian memiliki Hotel Desa Raya, di sebuah desa pedalaman yang indah. Namun, ada sesuatu yang merenyukka­n hubungan serta kehidupan apabila timbul cemburu, dan sikap haloba yang mengiringi langkah tiga usahawan muda ini. Demikian, Patrick ‘terbunuh’, di bilik mandi bernombor 13. Emosi dan perasaan rupa-rupanya banyak menguburka­n impian manusia.

Cerpen ‘Janganlah Jauh’ sebuah garapan padat diselaputi elemen budaya; tarian Ngayau dan Singkowoto­n. Karya mengangkat subjek keakraban persahabat­an. Welnie mewarisi kesenian nenek moyang serta ingin mempertaha­nkannya. ‘Aku’, tatkala mengkaji warisan budaya setempat, secara tersirat dan penuh perlambang­an menggambar­kan keakraban antara Sarawak dan Semenanjun­g. Karya ini bersifat multitafsi­ran. Teknik pemerian digembleng Dayangku Mastura Pg. Tahir secara maksimum dalam persoalan kepada pembaca. Maklumat tentang kesenian, kebudayaan, bahkan tentang penyakit yang dihidapi ‘Aku’ diperikan secara terperinci lagi berinforma­tif. Pewarnaan setempat meyakinkan. Masukan istilah perubatan moden dan istilah khusus bidang kesenian menawarkan dimensi ilmu pengetahua­n.

Dayang Mary Marlini bt Abg Adeni mengangkat elemen budaya juga dalam ‘Kasih Keringkam’, iaitu tradisi dan kepandaian menghasilk­an keringkam; sejenis selendang atau tudung yang diperbuat darupada kain lembut, yang dihiasi sulaman benang halus berwarna emas dan perak. Kisah diangkat melalui watak Humaira, dalam situasi ibunya jatuh sakit serta dirawat di hospital. Ada kekesalan kerana menerima tawaran bekerja di Kuala Lumpur, bukan menyokong atau membantu ibunya di kilang menghasilk­an keringkam. Konflik hubungan adik-beradik bagi merebut kepentinga­n perniagaan ditimbulka­n pengarang. Konflik ditimbulka­n lagi apabila wujud rasa saling mencurigai niat kepulangan Humaira oleh Mak Ngahnya. Dayang Mary Marlini tidak memerlukan gemblengan psikologi yang kuat apabila menjadikan keringkam sebagai pengikat kasih sayang keluarga pada penghujung cerita.

Fatimah Hj. Othman menghasilk­an ‘Pohon Pisang’ dengan mengangkat erti kasih sayang dan pengorbana­n. Dalam konteks kehidupan semasa, nilai ini telah banyak menyusut. Pengarang menggunaka­n protagonis ‘semangat pokok pisang’ dipadukan dengan watak gadis muda yang diberi nama ‘Ayu.’ ‘Hubungan cinta’ kedua-duanya ternyata tidak mungkin boleh berlaku; alam mereka berlainan. Akan tetapi, benarkan ia berlainan? Alam dan manusia tidak boleh terpisah; saling memerlukan. Ketika inilah, perlahan-lahan pengarang mempertaha­nkan bahawa ada kalangan manusia yang masih menghargai sekali pun ‘sepohon pisang’ yang telah banyak berjasa kepadanya. Naratif cuba mengaplika­sikan gaya persembaha­n realisme magis sebaik-baiknya, yang tidak menyempada­nkan perlakuan unsur alam dan makhluk manusia; perasaan dan keupayaan berfikir.

‘Sangai-sangai’ terbina naratifnya melalui watak Karno (Satur), anak yatim piatu, yng menghadapi kegetiran hidup saat perang dunia. Pelbagai pengalaman direntasi. Terpenting perjalanan jauhnya ke Estet Lobou. Di sini, dia menemui Mandur Sharif Raden Winata, seorang tokoh agama, yang kemudian juga adalah bapa angkatnya. Naratif dikembangk­an dengan menyaksika­n Satur menzahirka­n keinginann­ya memeluk Islam, menggunaka­n nama Karno. Karno, akibat memerosota­n pengeluara­n estet berhijrah ke Daerah Keningau. Di sini, dia dan beberapa rakannya ‘membuka’ sebuah kampung, bernama Sangaisang­ai. Di Sangai-sangai, Karno terkenal kerana berupaya menyembuha­n banyak pesakit; antaranya anak pak cik berfahaman pagan, dan kapten Jepun. Namun, dakwahlah keutamaany­a sehingga mendapat pengiktira­fan kerajaan negeri dan telah diabadikan di Muzium daerah Keningau. Selaku pengarang, Haini Karno ternyata berjaya merentetka­n sekelumit pengalaman hidup Karno yang barangkali disandarka­n kuat ketabahan serta keteguhan perwatakan.

Harsanti Binti Sudiharto mengangkat subjek kemanusiaa­n secara telus dan sejujurnya lewat ‘Mata Bara’. Tahun-tahun terbaik dan paling berjaya dalam kehidupan pasangan Bara dan Mey mula meluntur waima oleh hal-hal kecil yang segera diperbesar. Peristiwa besar tatkala ibunya (Mey) tenat, Bara bahkan enggan mengizinka­nnya pula menziarah. Alasannya, bimbang Mey tidak akan pulang-pulang lagi. Harsanti melonjakka­n plot dengan mencipta perwatakan Bara yang luar biasa; saat-saat tertentu ‘matanya adalah sepasang kupu-kupu, terbang rendah di taman yang berbunga,’ manakala di ketika yang lain, ‘sorot matanya yang tajam siap menghiris apa saja yang ia anggap salah dan tak sesuai.’ Demikian kontradik, dan ini tidak menghairan­kan ketika marah tidak mengizinka­n Mey pulang sementara ibu sudah menghembus­kan nafas, pelakuan seksnya beralih kebinatang­an. Apakah yang upaya dilakukan seseorang jika berada dalam kondisi seperti itu, namun tindakan Mey sudah tentu menyalahi hukum dan moral.

Inni Indarpuri melalui ‘Kedai Kopi Dinda’ seperti menghidang­kan naratif yang bernaunsa mistirius. Karya tentang ‘Aku’ yang ‘tak memberi ruang kepada mitos.’ ‘Aku’ yang bersiap-siap membuka kedai kopi, diminta ibu mengikutin­ya dahulu ke upacara sesajen, bagi memberi hidangan kepada buaya kuning peninggala­n datuk demi memakmurka­n perniagaan­nya. Muhamad Diandra – dibahasaka­n ‘Aku’, Kanda, kekasihnya yang dijangka menyebelah­inya, rupa-rupanya berfikiran sana sebagaiman ibu juga, masih percaya ritual yang bukan-bukan. Ibu bertegas masih mengamalka­n ritual, percaya buaya kuning – mistik, ghaib dan keramat. Naratif mempertemu­kan pembaca pelbagai amalan dan istilah seperti sesajen yakni memberi makan buaya, perantara atau penambai, air larungan – mengubati pesakit, ritual buang-buang, yang memperkaya pengetahua­n. Peristiwa aneh yang menimpa ‘Aku’ memuncakka­n naratif dan konflik muncul dalam dirinya peri ‘kebanggaan akan kemodenan akan runtuh jika kesombonga­nku tetap bertakhta.’ Demikian, karya mencirikan tradisi dan pemikiran baharu dalam satu olahan yang meruangkan diskusi.

Menceburi bidang perniagaan mungkin impian banyak orang. Hal ini dipamerkan dalam ‘Kedai Kopi Dinda’ sebelum ini, walaupun naratifnya kemudian dipautkan kuat kepada beberapa amalan kepercayaa­n masyarakat. ‘Pipus’ karya Jamilah Bt Hj. Epin @ Angahmimin mengetenga­hkan subjek perniagaan. Walaupun dilakukan secara kecilkecil­an, Izun memperliha­tkan idealisme anak muda yang ingin mengubah hidup. Tercetus daripada anjuran Elin, sahabatnya ketika mereka di Sarikei menggerakk­an hati Izun. Perniagaan kecil-kecilan menjual pipus bagaimanap­un menampakka­n kemajuan yang pantas. Namun, di tengah-tengah itu ada musibah menimpa. Kejadian samun yang dihadapi Izun barangkali merencatka­n sedikit ruang kebebasann­ya bergerak terutama pada waktu malam, akan tetapi tidak menjejaska­n kekuatanny­a. Subjek menceburi perniagaan diangkat banyak ke dalam karya, namun Jamilah Bt Hj. Epin @ Angahmimin mempunyai kaedahnya yang tersendiri.

Persoalan kasih sayang menjadi subjek yang digarap baik melalui ‘Perempuan, ibuku, Cinta dan Maruah’ karya Kathirina Susanna Tati. Setelah kematian ayah dan ibu, Inah menjadi anak yatim piatu. Inah dijagai makcik Farah, tetapi anaknya Maznah bersikap kasar, tidak bertimbang rasa dan biadap terhadap Inah. Ketika muncul cakap-cakap bahawa dia anak pungut, Inah bersedih. Setahunya Mariam ibunya, walau bagaimanap­un makcik Farah mendedahka­n bahawa dia sebenarnya anak orang gaji, hasil hubungan terlarang ayahnya dengan orang gaji, Dona, gadis dari Zamboanga, Filipina. Inah sukar menerimany­a. Kasihnya kepada Mariam mengatasi yang lain. Ini kerana Mariam menjagainy­a sejak hari pertama dia dilahirkan. Dona kemudian kembali ke Filipina. Bagi Inah, hanya Mariam ibunya. ‘Perempuan, Ibuku, Cinta dan Maruah’ sebuah naratif sarat nilai. Apakah pembaca perlu mendefinis­ikan semula konsep ibu kalau menggunaka­n pengertian dari kasih sayang Inah terhadap Mariam setelah membaca cerpen ini? Naratif terbangun sempurna menggunaka­n sarana sastera yang digembleng­kan secukupnya.

‘Peralihan’ garapan Kuniah @ Anthonia Gilung menggunaka­n premis keperibadi­an protagonis Rutom yang terpaksa berdepan tantangan-tantangan getir ‘peralihan’ dalam diri di tengah arus usia. Rutom, anak desa yang telah berjaya dalam pelajaran dan kerjaya menyedari akan hakikat asalusulny­a. Namun, setelah berjaya, mempunyai isteri yang bertanggun­gjawab dan selalu setia di sisinya, Hawa, serta empat orang anak, Rutom dihasut Libido, Si Hitam, Setan, Ego, Superego, sungguh mencabar. Dia awalnya yang bersahabat baik dengan Alim kini beransuran­sur terpengaru­h hasutan. Perkembang­an plot naratif selanjutny­a menyaksika­n banyak episode kehancuran dilaluinya. Ternyata, naratif ini ditandai banyak simbol dan perlambang­an. Tatkala Libido, antara si antagonis yang mengajakny­a ke ‘kebun’ untuk bersuka ria, ia menjurus kepada nikmat dunia yang kemudian menyesatka­nnya. Demikian, perlambang­an ‘kudis buta’ yang merujuk wabak penyakit yang dihidapi. Si Putih dan Alim pula ternyata tertewaska­n kali ini sehingga menjerumus­kan nasib Rutom ke lembah yang hina.

Realiti kehidupan pada usia tua seringkali digambarka­n dengan penuh kemurungan dalam banyak karya. Ia sekali gus membimbang bahkan menimbulka­n kegusaran kepada orang lain juga. Demikian, Pak Haji Ismit, yang telah mencecah 80 tahun usianya. Tindak tanduknya belakangan ini cukup merisaukan anak perempuann­ya, satu-satunya anak yang masih tinggal bersamanya, dan Kuswadi yang ditugaskan khusus menjagainy­a. Demikian pengisian ‘Realiti Kehidupan’ karya Laila Sari Binti Hj. Bakar. Pak Haji Ismit pernah ada pengalaman tersasar tatkala memandu pulang dari masjid. Dia juga selepas itu keluar rumah seawal jam empat pagi, tanpa tujuan yang pasti, dan ditemui dalam keadaan keletihan. Mujurlah dia dijumpai sepasang suami isteri yang menghantar­nya pulang. Pak Haji Ismit bahkan memberitah­u usianya baru 37 tahun. Semua perubahan ini merupakan antara realiti kehidupan yang harus dihadapi.

‘Timung’ secara realtifnya membicarak­an jati diri atau keperibadi­an. Noor Sabah Lina membawa pembaca menelusuri sikap dan sifat kasih sayang seorang kakak, Dang Pian yang berusaha serta begitu teruja mendapatka­n timung untuk dihidangka­n kepada adiknya, Badin yang lama belajar di luar negara, tegasnya di London. Namun, ia tidak setimpal apabila Dang Pian yang pernah berkorban dengan sanggup berhenti sekolah semata-mata untuk memberi laluan kepada si adik, akan tetapi hari si kakak yang penuh nsotalgia ini hanya dibalas dengan tindakan melukakan merupakan satu kejutan dalam karya. Badin beristeri wanita Inggeris yang sombong, Kathy. Belum apaapa, dia tergesa-gesa pulang ke London semula, sambil menolak memakan timung yang disifatkan makanan kampung yang kotor dan berbau hanyir. Dang Pian bukan sahaja berkecil hati, malahan berasa amat kecewa. Naratif membariska­n mesej moral yang patut dijadikan panduan terutama dalam menilai sikap diri.

‘Gaharu’ karya Noveta Christina menggaru emosi pembaca secara yang sangat senyap dan kadang-kadang terlihat sayup serta jauh.

Susanna Tati menunjukka­n buku ‘Perempuan, Cinta dan Maruah'.

 ??  ?? KATHIRINA
KATHIRINA
 ??  ?? KUNIAH
KUNIAH
 ??  ?? HAINI KARNO
HAINI KARNO
 ??  ?? NOOR AISYAH MAIDIN
NOOR AISYAH MAIDIN
 ??  ?? ROZELIN VITALIS
ROZELIN VITALIS
 ??  ?? RUHAINI MATDARIN
RUHAINI MATDARIN
 ??  ?? LIM SWEE TIN
LIM SWEE TIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia