Utusan Borneo (Sabah)

Model Subaru XV 2.0i P

Orang ramai dipelawa mengunjung­i bilik pameran Shoreview Sdn Bhd

-

SIBU: Shoreview Sdn Bhd iaitu pengedar Subaru di Sibu, telah melancarka­n model Subaru XV 2.0i P (Premium) terbaharu di bilik pamerannya di No 53, Persiaran Brooke di sini, semalam.

Pengurus jualannya Ting Yik See berkata Subaru XV didatangka­n dengan enam pilihan warna iaitu Sunshine Orange, Dark Blue Pearl, Pure White, Ice Silver Metallic, Dark Grey Metallic dan Crystal Black Silica.

Katanya, orang ramai yang berminat boleh melihat sendiri model berkenaan di ruang pameran Shoreview Sdn Bhd di sini, dan harga promosi yang berpatutan menunggu mereka.

Di samping melancarka­n model baharu itu, pelanggan juga boleh melihat sendiri pelbagai model Subaru yang lain di ruang pameran itu.

Subaru XV 2.0i P dijanakan oleh enjin petrol baharu 2.0 liter naturally-aspirated suntikan-terus empat-silinder.

Berbanding model XV yang terdahulu, katanya, penjana kuasa ini mampu menghambur­kan kuasa sehingga 154 hp (156 PS) pada 6,000 rpm dan tork 196 Nm pada 4,000 rpm, dipadankan bersama Lineartron­ic CVT iaitu 7.8 kg lebih ringan.

Kelebihan ini membolehka­n Subaru XV serba baharu ini dipacu dari 0100 km/j dalam 10.4 saat dan kelajuan maksimum yang mampu dicapai ialah 194 km/j. Manakala penggunaan bahan api kombinasi pula dianggarka­n 7.3 liter bagi setiap 100 km.

Dalam usaha untuk memberi lebih kepuasan kepada pemanduan di atas pelbagai permukaan jalan raya, XV baharu turut mengaplika­sikan sistem Symmetrica­l AWD secara standard dengan turut dilengkapi X-Mode.

Malah, ia dibina dengan menggunaka­n seni bina Subaru Global Platform untuk memberi lebih keselesaan kepada pengguna. TING YIK SEE Pengurus Jualan

Bercerita lanjut mengenai keselesaan, varian ini, katanya juga menyediaka­n ruang kabin dalaman yang cukup eksklusif di mana sebaik sahaja menjelajah masuk ke dalam kabinnya, pemandu akan disajikan dengan rekaan papan pemuka yang elegan.

Menurut Ting lagi, ia juga didatangka­n dengan paparan pelbagai-informasi LCD warna sepenuhnya yang diletakkan di atas panel instrumen, roda stereng dan tombol gear balutan kulit dengan jahitan jingga bagi varian tertinggi.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Subaru XV 2.0i P yang hebat bergaya ini, sila berkunjung ke Shoreview Sdn Bhd di No 53, Persiaran Brooke di sini dan dapatkan harga promosi yang berpatutan.

“Subaru XV didatangka­n dengan enam pilihan warna iaitu Sunshine Orange, Dark Blue Pearl, Pure White, Ice Silver Metallic, Dark Grey Metallic dan Crystal Black Silica. ”

 ??  ??
 ??  ?? WARGA Shoreview Sdn Bhd bergambar bersama model Subaru XV 2.0i P yang dilancarka­n semalam.
WARGA Shoreview Sdn Bhd bergambar bersama model Subaru XV 2.0i P yang dilancarka­n semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia