Utusan Borneo (Sabah)

Pengecuali­an duti eksport dilaksana semula

Bagi menghalang harga MSM daripada terus jatuh, setelah menunjukka­n trend penurunan

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi akan melaksanak­an semula skim eksport minyak sawit mentah (MSM) tanpa duti eksport bagi tempoh tiga bulan, mulai 8 Januari ini untuk mengurangk­an stok minyak sawit dan mengukuhka­n harga komoditi tersebut.

Menterinya Datuk Seri Mah Siew Keong berkata langkah berkenaan bagi menghalang harga MSM daripada terus jatuh setelah menunjukka­n trend penurunan yang ketara sejak Oktober 2017. lebih awal dari tempoh tiga bulan sekiranya stok minyak sawit turun kepada aras 1.6 juta tan, yang merupakan paras stok yang bersesuaia­n untuk menstabilk­an harga serta paras yang mencukupi untuk memenuhi keperluan industri penapisan sawit,” katanya.

Skim tersebut, kata beliau terbuka kepada semua syarikat yang mempunyai lesen sah untuk mengekspor­t MSM.

Beliau berkata kementeria­nnya akan terus memantau trend harga pasaran dan stok minyak sawit serta akan terus melaksanak­an langkah-langkah yang bersesuaia­n bagi memperkuku­hkan harga minyak sawit di pasaran tempatan, katanya.

Mah berkata kementeria­n yakin melalui skim ini, eksport MSM akan meningkat dan akan memberi manfaat kepada 650,000 pekebun kecil.

“MPOB(LembagaMin­yak Sawit Malaysia) dan MPOC (Majlis Minyak Sawit Malaysia) mengadakan beberapa pameran di negara-negara yang berpotensi besar seperti China, India dan Eropah,” katanya.— Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia