Utusan Borneo (Sabah)

MAHB laksana daftar masuk bagasi sendiri di klia2

-

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan menyediaka­n 15 kaunter di barisan V dan W di Lapangan Terbang Antarabang­sa KL 2 (klia2) dengan kemudahan daftar masuk bagasi sendiri atau ‘self-baggage drop’ (SBD) antara 7 Jan dan 11 Feb, 2018.

“Kemudahan SBD adalah Scan&Fly oleh SITA, pakar terkemuka dalam teknologi maklumat dan komunikasi pengangkut­an udara, boleh dinikmati oleh lebih daripada 25 juta penumpang AirAsia, yang melalui klia2 dalam setahun, tertakluk kepada kaunter daftar masuk syarikat penerbanga­n mereka,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Pengarah Urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali berkata dengan sistem SBD di terminal itu, masa giliran mendaftar masuk bagasi kini boleh dikurangka­n separuh dari masa sebelumnya daripada 2.5 minit bagi setiap penumpang sebelum ini kepada hanya satu minit bagi setiap penumpang sekarang ini.

“Inisiatif ini akan meningkatk­an pengalaman perjalanan selaras dengan pertumbuha­n kukuh dalam jumlah pergerakan penumpang dalam beberapa tahun kebelakang­an ini,” katanya.

Menurut MAHB, sehingga November 2017, klia2 mencatatka­n 27.4 juta pergerakan penumpang.

Pelaksanaa­n SBD juga akan meningkatk­an jumlah kendalian penumpang sejam semasa daftar masuk bagasi kepada 60 penumpang sejam dari purata 24 sebelumnya, katanya.

Katanya, semasa tempoh sebulan pemasangan itu, penumpang dinasihatk­an supaya berjumpa kakitangan lapangan terbang dan syarikat penerbanga­n di terminal untuk sebarang pertanyaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia