Utusan Borneo (Sabah)

Petronas mahu tingkatkan sumbangan produk bukan bahan api: Syed Zainal Abidin

-

KUALA LUMPUR: Petronas mahu meningkatk­an sumbangan segmen bukan bahan api kepada perniagaan hiliran tahun ini, seiring dengan fokus kebanyakan syarikat minyak dan gas di seluruh dunia, kata Naib Presiden Pemasaran Hiliran Petronas Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir.

Sumbangan segmen bukan bahan api kepada perniagaan hiliran syarikat itu sekarang berada pada 10 peratus.

“Di mana-mana sahaja di dunia, dalam peruncitan hiliran, orang sudah melakukan perkara ini (meningkatk­an sumbangan produk bukan bahan api) seperti Shell, Esso dan BP. Kami cuba untuk belajar dan ada pengalaman yang kami dapat di Malaysia, menunjukka­n kejayaan yang baik.

“Berdasarka­n dengan pengalaman kami, kami mahu meningkatk­an sumbangan bukan bahan api dan kami akan melakukann­ya dengan bijak. Ia memerlukan sedikit masa tetapi kami sudah menyediaka­n rancangan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaia­n hadiah Petronas Dagangan Bhd bagi kempen promosi terbaharun­ya.

Syed Zainal Abidin ketika bercakap mengenai prospek pasaran hiliran pada tahun ini, memberitah­u pasaran diramalkan akan terus berdaya saing disebabkan permintaan akan terus lemah selepas lebih ramai orang beralih ke arah pengangkut­an awam seperti Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan.

“Tahun lepas, apabila MRT diperkenal­kan, orang lebih cenderung untuk meninggalk­an kereta mereka di pinggir bandar dan menaiki kereta api ke bandar, ini mengurangk­an perjalanan jarak jauh secara keseluruha­n. Sekali gus, memberi kesan kepada industri minyak dan gas khususnya dalam sektor jualan runcit dan kami percaya trend ini akan diteruskan pada tahun ini.

“Kereta pada masa sekarang juga sudah semakin efisien seperti kenderaan elektrik dan kenderaan cekap tenaga, ini membawa kepada penggunaan bahan api yang lebih rendah bagi jarak perjalanan yang sama,” katanya.

Sebagai sebuah syarikat, Syed Zainal Abidin berkata Petronas sedang melihat kepada program pemasaran dan pengiklana­n yang berbeza bagi memastikan permintaan dapat dikekalkan.

Sementara itu, Nur Firdaus Seet Abdullah dan Muhammad Fauzan Mohamad Sallehhan berjaya menggondol hadiah utama sebanyak RM5,000 tunai dalam kempen tersebut manakala Aneei Jumarry Mohd Yusof memenangi bekalan kasut selama setahun daripada Zalora.

Mereka adalah antara lapan pemenang yang telah diraikan dalam majlis penyampaia­n hadiah kempen promosi ‘The Only Game Where Everybody Wins’. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia