Utusan Borneo (Sabah)

Minat seorang ayah dalam telemovie di TV1 pada 14 Januari ini

-

PAK Zain seorang pesara yang gemar bertukang hingga adakalanya dia leka dengan minatnya itu. Tanpa disedari olehnya, situasi itu menimbulka­n konflik di kalangan isteri dan anak-anaknya.

Kisah kekeluarga­an ini melatari telemovie bertajuk ‘Pak Zain D.I.Y’ yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 14 Januari ini, jam 10.05 pagi mengisi slot Panggung Ahad di TV1.

Menampilka­n lakonan mantap pelakon Zaefrul Nordin, Rosnah Johari, Riz Amin, Mardiana Alwi, Elly RL dan Aaron Aswad, kisahnya bermula dengan memaparkan kisah Zain Rahman seorang pesara tentera yang hobinya menukang.

Semuanya bermula dengan kehidupann­ya yang didedahkan kepada dunia pertukanga­n sejak kecil oleh ayahnya menjadikan Zain semakin aktif. Minatnya hanya pada seni pertukanga­n yang diwarisi daripada ayahnya.

Dalam pada itu, sikap ekstrim dan rakus Zain dalam mengubahsu­ai perkakas dan perabot baru menjadikan isterinya, Rahah Musa yang merupakan seorang guru memendam rasa. Dia tidak senang dengan minat suaminya itu namun tidak dapat berbuat apaapa. Dia risau sekiranya Zain terasa hati dan salah faham.

Bagi menyelesai­kan masalah sikap ekstrim Zain dalam dalam pertukanga­n yang memberi kesan pada insan sekeliling, dua anaknya iaitu Zarul dan Shamsul bergabung idea membina bengkel bagi memudahkan Zain menyalurka­n minatnya.

Bukan itu sahaja, atas usaha anak-anaknya itu hasil tukangan Zain diniagakan secara atas talian dan mereka turut sediakan beberapa orang pekerja untuk membantu supaya Zain boleh berehat. Tugas Zain hanya memberi arahan sahaja kepada pekerja yang diupah mereka.

Bagaimanap­un Zain tetap bertukang seperti biasa. Malah dia semakin rajin meneruskan minatnya tersebut. Situasi itu membuatkan anakanak dan isterinya buntu untuk memikirkan cara mengubah minat Zain.

Namun mereka akhirnya akur dan akui bahawa itulah dunia Zain kini dan tidak akan berubah. Mereka membiarkan Zain terus diulit bahagia dengan hasil kerja tangannya.

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia