Utusan Borneo (Sabah)

Tampil dengan ‘Wow Sangat’

-

CJ Wow Shop tampil dengan konsep yang lebih segar bagi tahun ini menerusi program terbaharu ‘Wow Sangat’ yang memenuhi citarasa penonton.

CJ Wow Shop berkata dalam kenyataan, Wow Sangat bakal menampilka­n selebriti tanah air, Rita Rudaini sebagai pengacara jemputan yang mampu mencuit hati penonton di rumah.

“Selain itu, penonton berpeluang mendapatka­n promosi eksklusif menerusi slot itu yang bersiaran pada9.30 malam di saluran TV9 bermula 7 Januari (hari ini).

“Pada hari berkenaan, kami juga menawarkan promosi dalam talian sempena meraikan Slot Wow Sangat yang turut di hoskan pengacara Jimmy Shanley dan Nadia Anuar yang julung kali disiarkan kepada penonton,” katanya.

Tambah beliau, melalui promosi itu, pelanggan berpeluang memperoleh sebanyak 20 peratus Mata Ganjaran Wow sekiranya mereka membuat pesanan melalui laman sesawang CJ Wow Shop atau aplikasi mudah alih semasa rancangan tersebut berlangsun­g sehingga 11.59 malam pada hari yang sama.

SLOT TAMBAHAN

CJ Wow Shop juga memperkena­lkan slot tambahan bagi program utamanya, ‘The Wow Show’ sekaligus membekalka­n lebih banyak pilihan buat pelanggan.

“Sebelum ini, The Wow Show yang dikendalik­an Yana Shamsudin, Zaim Helmy dan Lilly Liyana hanya bersiaran setiap Isnin pada 1 tengahari di saluran TV3 namun bagi tahun ini, kami cuba membuat kelainan dengan menambah slot berkenaan di TV9 yang bersiaran satu jam bermula 10 pagi pada setiap Khamis.

“Ia sudah pasti memudahkan lagi orang ramai yang gemar membeli belah dengan CJ Wow shop untuk mendapatka­n pelbagai tawaran menarik dengan lebih mudah dan pasaran yang meluas,” tambahnya.

Katanya, orang ramai boleh dapatkan gabungan pelbagai produk serta jenama yang terkini merangkumi peralatan rumah dan kediaman, fesyen dan kecantikan serta peranti digital yang di pasarkan menerusi rancangan itu.

CJ Wow Shop merupakan rangkaian beli-belah di rumah yang boleh ditonton menerusi televisyen, telefon mudahalih dan atas talian yang memberi pengalaman berbeza kepada pengguna melalui persembaha­n visual yang bersifat interaktif serta imersif. — Bernama

 ??  ?? HOS ‘Wow Sangat’, (dari kiri) Rita Rudaini, Jimmy Shanley dan Nadia Anuar.
HOS ‘Wow Sangat’, (dari kiri) Rita Rudaini, Jimmy Shanley dan Nadia Anuar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia