Utusan Borneo (Sabah)

Komitmen polis berjaya turunkan jenayah di Sibu

-

SIBU: Komitmen dan kerjasama berpasukan warga polis menyumbang kepada penurunan indeks jenayah membanggak­an di Sibu.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zailanni Amit berkata indeks jenayah yang direkodkan tahun lepas menyaksika­n penurunan sebanyak 5.74% atau 46 kes bagi tempoh Januari hingga Disember 2017 berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Justeru, katanya, beliau berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukka­n pasukannya sejak menjadi ketua polis selama tiga bulan di sini.

“Secara keseluruha­n dalam tempoh setahun, momentum prestasi yang dipamerkan oleh anda semua telah membolehka­n IPD Sibu mencatatka­n penurunan kadar indeks jenayah yang cukup baik sekali gus mencapai sasaran yang ditetapkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpuna­n Bulanan serta Perbarisan Perpisahan beliau di padang kawad IPD Sibu pagi Jumaat.

Sungguhpun demikian, Zailanni menasihatk­an warga polis Sibu agar tidak leka dan meneruskan prestasi terbaik tanpa mengira pangkat dalam pasukan demi menjaga keamanan dan keharmonia­n masyarakat.

“Saya berpuas hati dengan prestasi pasukan IPD Sibu tetapi memandangk­an kerja anda semakin mencabar, jangan kita mudah leka dan ego berada di zon selasa. Teruskan bekerja keras sebagai satu pasukan tanpa mengira kedudukan dalam pasukan,” katanya.

Zailanni yang mengambil alih jawatan daripada ACP Saiful Bahri Abdullah pada Oktober tahun lalu akan menyandang jawatan baharunya sebagai Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti Negeri.

“Saya sentiasa mengingatk­an polis untuk mengambil tindakan tegas terutamany­a dalam membantera­s aktiviti dadah kerana ia merupakan punca utama segala jenayah,” katanya.

Sepanjang tahun lalu, katanya, Jabatan Narkotik IPD Sibu telah menangkap 96 pengedar dadah yang mana 18 daripada mereka didakwa di bawah Seksyen 39 Akta Dadah Berbahaya 1952, seorang di bawah Seksyen 39A (2) dan 77 lagi di bawah Seksyen 39A (1) akta yang sama.

Bagi pengambila­n dadah sintetik, 169 individu telah ditangkap mengikut Seksyen 12 (2) dan 10 lagi di bawah Seksyen 6 kerana memiliki ganja.

“Seramai 748 individu ditahan mengikut Seksyen 15 (1) akta yang sama kerana terlibat dalam kegiatan penyalahgu­naan dadah, sementara hanya dua individu ditangkap di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (R & P) 1983 (Pindaan199­8) kerana disyaki penagih tegar,” jelasnya.

Zailanni berkata, enam individu lagi telah dihantar ke Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Rengam, Johor kerana penglibata­n mereka dalam pengedaran dadah di sini.

Secara berasingan, beliau berkata polis telah menyelesai­kan 12 kes penipuan melibatkan RM18,800 di mana pesalah telah dijatuhkan hukuman penjara dan sebatan oleh mahkamah selepas mereka mengaku bersalah atas kesalahan itu.

Beliau menambah, seramai 23 individu pula ditangkap dan diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA).

Selain itu, Zailanni menasihati warga polis agar sentiasa menjaga kesihatan terutama mengelak diri menjadi obes.

 ??  ?? ZAILANNI memeriksa perbarisan perpisahan beliau pada majlis itu.
ZAILANNI memeriksa perbarisan perpisahan beliau pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia