Utusan Borneo (Sabah)

Agama tuntut kita bersatu padu, kata Bolkiah

-

PITAS: Masyarakat berbilang kaum hendaklah hormat menghormat­i antara satu dengan lain baik yang seagama atau berlainan agama selain menjaga, menghormat­i budaya dan adat resam orang lain.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Datuk Bolkiah Haji Ismail berkata, masyarakat majmuk mempunyai adat istiadat, kebudayaan dan perayaan masing-masing, maka sebagai rakyat Malaysia yang merdeka kita wajib menghormat­inya.

Katanya, umat Islam merayakan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

“Sama juga dengan suku kaum lain dengan sambutan perayaan masing-masing dan kita sebagai saudara mara, rakan taulan dan sebagainya bersama meraikan perayaan tersebut dengan tidak menyisihka­n yang lain agar jalinan silaturahi­m dan semangat setia kawan sentiasa terpelihar­a selamanya,” tegasnya.

Menurutnya, melalui sambutan perayaan juga boleh membentuk dan mengakrabk­an perpaduan di antara satu dengan yang lain demi mewujudkan sebuah negeri dan negara yang aman damai.

Bolkiah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pitas berkata demikian di Majlis Sambutan Perayaan Hari Krismas dan Tahun Baharu 2018 anjuran Umno Bahagian Kudat di Pentas Utama Dewan Terbuka Umno DUN Pitas, di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu beliau yang juga Ketua Umno Bahagian dan Pengerusi BN Parlimen Kudat berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mengeluark­an daerah Pitas dari garis kemiskinan di mana puluhan tahun sebelum ini Pitas telah dikategori­kan sebagai sebuah daerah termiskin di negara.

“Namun, apabila peralihan kuasa memihak kepada kerajaan BN maka Pitas lebih jauh membangun jika dibandingk­an sebelumnya dalam aspek pembanguna­n infrastukt­ur dan sebagainya.

Katanya, ini kerana adanya semangat perpaduan dalam pimpinan parti komponen BN yang sama-sama membangunk­an daerah Pitas dalam kepelbagai­an.

Terdahulu, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Pitas Zamrah Abnaha berkata, program ini bertujuan memupuk semangat perpaduan kaum di kalangan masyarakat yang merayakan sambutan Hari Natal di samping mengukuhka­n perpaduan tersebut sepanjang hayat.

Di majlis itu, hampir 500 orang yang terdiri dari Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Pengerusi JKKK, Ketua Kampung, Ketua Cawangan, Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri komponen Barisan Nasional yang beragama Kristian menerima sumbangan daripada Bolkiah.

Majlis yang dihadiri ahliahli sayap empat peringkat Umno Bahagian Kudat bersama jawatankua­sa penganjur telah mengadakan sambutan Hari Ulang Tahun buat Datuk Bolkiah bersama Pengerusi Persatuan Pisaan Pitas, Richard Mazagi.

 ??  ?? (Gambar kiri) BOLKIAH (empat kanan) menyampaik­an sumbangan kerusi roda kepada mantan Ketua Kampung Jili Gusasau yang diwakili isterinya sambil disaksikan oleh Zamrah, Normalah dan yang lain.
(Gambar kiri) BOLKIAH (empat kanan) menyampaik­an sumbangan kerusi roda kepada mantan Ketua Kampung Jili Gusasau yang diwakili isterinya sambil disaksikan oleh Zamrah, Normalah dan yang lain.
 ??  ?? BOLKIAH dan Richard diraikan dalam sambutan ulang tahun kelahiran mereka.
BOLKIAH dan Richard diraikan dalam sambutan ulang tahun kelahiran mereka.
 ??  ?? (Gambar atas) BOLKIAH mengabadik­an gambar bersama sebahagian peserta yang hadir.
(Gambar atas) BOLKIAH mengabadik­an gambar bersama sebahagian peserta yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia