Utusan Borneo (Sabah)

Majlis Rumah Terbuka Krismas, Tahun Baharu 2018 meriah

Majlis Rumah Terbuka Krismas, Tahun Baharu 2018 meriah

- Oleh JOHAN AZIZ bersama Amir berduet dalam lagu ‘Widuri’ padamajlis itu.

LEBIH 2,000 orang rakyat pelbagai kaum dan agama menghadiri Majlis Rumah Terbuka Krismas dan Sambutan Tahun Baharu 2018 dengan penuh kemeriahan yang diadakan di Dewan Masyarakat Keningau, pada Jumaat.

Majlis yang dianjurkan oleh Pejabat Perhubugan Parlimen Keningau berkenaan telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Pada majis itu juga turut diadakan penyampaia­n pakaian seragam dan beg sekolah tajaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada 200 murid sekolah rendah dalam kawasan Parlimen Keningau.

Dalam ucapannya, Pairin menyifatka­n majlis berkenaan dapat memberi peluang kepada rakyat di kawasan parlimen itu berkumpul bersama bagi mengeratka­n hubungan silaturahi­m antara satu dengan lain.

“Saya yakin melalui majlis seumpama ini dapat mewujudkan satu kesatuan yang kuat untuk kemajuan negeri dan negara kita,” katanya.

Pairin yang juga Ahli Parlimen Keningau menggesa rakyat daerah ini dapat memperbaha­rui azam pada tahun 2018 untuk merebut segala peluang sempena dengan sambutan Tahun Melawat Keningau (VKY2018) pada tahun ini.

Katanya, rakyat di daerah ini perlu menumpukan peluang-peluang yang sedia ada melalui kemahiran diri melalui program VKY2018 dengan memperbany­akkan lagi produk-produk pelanconga­n yang dapat meningkatk­an lagi ekonomi mereka.

“Rebutlah peluang ini bagi memastikan kehidupan kita terutama sekali dalam bidang ekonomi terus meningkat sepanjang program VKY2018.

“Saya percaya banyak produkprod­uk pelanconga­n yang menjadi tarikan kepada pelancong luar dan dalam negeri di daerah ini yang dapat diusahakan, diketengah­kan dan dipromosik­an oleh penduduk di sini,”

ROSARIO “Saya yakin melalui majlis seumpama ini dapat mewujudkan satu kesatuan yang kuat untuk kemajuan negeri dan negara kita

katanya.

Pairin berkata, antaranya pembuatan kraftangan, makanan tradisi, kesenian dan kebudayaan di samping tempattemp­at menarik yang menjadi tumpuan kepada pelancong di daerah ini.

Beliau juga berharap pada majlis rumah terbuka itu dan sambutan tahun baharu dapat memberikan satu iktibar dan pengalaman ke atas peristiwap­eristiwa yang berlaku di luar negara sepanjang tahun lalu.

“Saya mengharapk­an agar keamanan, keharmonia­n dan perpaduan rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini terutama sekali Sabah terus berkekalan melalu perayaan-perayaan yang diadakan termasuk Hari Krismas,” katanya.

Pada majlis itu, pelbagai acara menarik telah diadakan termasuk persembaha­n artis-artis tempatan, tarian oleh pelajar-pelajar dari SK Tuarid Taud dan kumpulan koir dengan nyanyian lagu-lagu Krismas.

Penampilan juara Bintang RTM peringkat Kebangsaan 2016 Rosario Bianis telah menambahka­n kemeriahan dan seri majlis itu.

Rosario juga turut berduet dengan Ketua Daerah OKK Mohd Amir Datuk Arif dengan lagu ‘Widuri’.

Hadir sama pada majlis itu Puan Sri Genevieve Kitingan, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Haji Sairin Karno, Setiausaha Politik Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Daniel Kinsik, Bishop Datuk Cornelius Piong, Pegawai Daerah Haji Yusop Haji Osman, Pegawai Daerah Tambunan Thomas Logijin, Pengerusi Dewan Perniagaan

Tionghua Keningau Raymond Koh, dan Pengurus Besar Projek Utama SESB, Ir. John Gomez.

Turut hadir Setiausaha Politik Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur Welfredoli­ne Jakil, Ketua Pegawai Perhubunga­n Parlimen Keningau yang juga Pengerusi Penganjur Augustine Nain, Ketua Daerah OKK Mohd Amir Datuk Arif, Ketua Polis Daerah DSP Ahmad Jawila, Pemimpin-pemimpin Pembanguna­n Masyarakat, Selverius Bruno (Tambunan), Kennedy Jie John (Bingkor) dan Sahanip Jamil (Liawan), ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan persekutua­n, ahli-ahli perniagaan dan pemimpinma­syarakat. pemimpin

 ??  ?? (Gambar kanan) SEBAHAGIAN orang ramai yang hadir menikmati jamuan rumah terbuka Krismas.
(Gambar kanan) SEBAHAGIAN orang ramai yang hadir menikmati jamuan rumah terbuka Krismas.
 ??  ?? MURID-murid sekolah bersama ibubapa mereka turut menikmati jamuan pada majlis itu.
MURID-murid sekolah bersama ibubapa mereka turut menikmati jamuan pada majlis itu.
 ??  ?? (Gambar atas) PARA tetamu terdiri ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat yang hadir pada majlis itu.
(Gambar atas) PARA tetamu terdiri ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat yang hadir pada majlis itu.
 ??  ??
 ??  ?? PAIRINmeny­erahkanpak­aianseraga­m dan beg sekolah kepada salah seorang pelajar. Turut kelihatan (dari kanan) Kennedy, Thomas, Daniel, Yusop, Sairin, John, Raymond dan Ahmad.
PAIRINmeny­erahkanpak­aianseraga­m dan beg sekolah kepada salah seorang pelajar. Turut kelihatan (dari kanan) Kennedy, Thomas, Daniel, Yusop, Sairin, John, Raymond dan Ahmad.
 ??  ?? PAIRIN diiringi oleh Yusop bersalaman dengan para tetamu sebaik tiba pada majlis itu.
PAIRIN diiringi oleh Yusop bersalaman dengan para tetamu sebaik tiba pada majlis itu.
 ??  ?? AKSI tarian yang dipersemba­hkan oleh murid-murid SK Tuarid Taud Keningau.
AKSI tarian yang dipersemba­hkan oleh murid-murid SK Tuarid Taud Keningau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia