Utusan Borneo (Sabah)

Pertukaran nelayan Malaysia-Indonesia dijangka 11 Jan

-

JOHOR BAHRU: Pertukaran nelayan Malaysia yang kini ditahan di Indonesia dan nelayan republik itu yang ditahan di Malaysia bagi kesalahan menceroboh kawasan perairan dijangka dilakukan pada Khamis ini, kata Ketua Pengarah Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Maritim Datuk Seri Zulkifili Abu Bakar.

Ketika diminta mengulas lanjut perkara itu, beliau berkata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dijangka membuat pengumuman berhubung perkara itu.

Nelayan tempatan dinasihatk­an berhati-hati bagi mengelak ditahan pihak berkuasa negara lain atas kesalahan menceroboh perairan, katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas perkara itu dan status terkini nelayan Malaysia yang ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia.

Terdahulu, Zulkifili menyaksika­n penyerahan nota serah tugas oleh Pengarah Maritim Wilayah Selatan Laksamana Pertama Maritim Datuk Adon Shalan kepada penggantin­ya Laksamana Pertama Maritim Datuk Abu Bakar Idris.

Adon akan bersara wajib pada 9 Jan ini dan Abu Bakar akan menjawat jawatan itu berkuat kuasa pada tarikh sama.

Sebelum ini, enam nelayan Malaysia dilaporkan ditahan di Indonesia manakala 70 nelayan Indonesia pula ditahan di Malaysia atas kesalahan menceroboh kawasan perairan masing-masing ketika menangkap ikan.

Dua hari lepas, Ahmad Shabery dalam satu kenyataan berkata enam nelayan warganegar­a tempatan itu BERNAMA dijangka dibebaskan dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata persetujua­n untuk membebaska­n nelayan kedua-dua negara itu dicapai Perdana Menteri Datuk - Gambar Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia Joko Widodo semasa Rundingan Tahunan Ke -12 Malaysia Indonesia pada November lepas. - Bernama

 ??  ?? ZULKIFLI menyaksika­n Pengarah Maritim Wilayah Selatan Laksamana Pertama Maritim Datuk Adon Shalan (kiri) menyerahka­n nota serah terima tugas kepada pengantiny­a yang baharu Laksamana Pertama Maritim Datuk Abu Bakar Idris Pada Majlis Nota Serah Terima...
ZULKIFLI menyaksika­n Pengarah Maritim Wilayah Selatan Laksamana Pertama Maritim Datuk Adon Shalan (kiri) menyerahka­n nota serah terima tugas kepada pengantiny­a yang baharu Laksamana Pertama Maritim Datuk Abu Bakar Idris Pada Majlis Nota Serah Terima...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia