Utusan Borneo (Sabah)

Baruk Singai dipulih sepenuhnya, sesuai untuk acara berskala kecil

-

KUCHING:BangunanBa­ruk Singai yang lama terbiar di Kampung Sudoh, Bau dekat sini telah dipulihkan sepenuhnya.

Baruk yang menjadi identiti kepada masyarakat Bidayuh dikampungt­ersebutkin­ilebih menarik dari sudut dalaman termasuk luarannya.

Kerja-kerja pemulihan bangunan ini selama sebulan adalah bagi memastikan baruk ini dapat digunakan oleh penduduk tempatan termasuk dari luar.

Salah seorang penduduk berterima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tasik Biru Dato Henry Harry Jinep atas pengubahsu­aian tersebut. Kerja-kerja pengubahsu­aian baruk ini telah siap sepenuhnya melainkan pemasangan patung burung kenyalang di bahagian puncak bumbungnya.

Barukyangb­akaldileng­kapi dengan kemudahan pendingin udara ini akan menjadi tempat ideal untuk komuniti Bidayuh Singai (Bisingai) mengadakan perjumpaan dan mesyuarat termasuk seminar dan bengkel berskala kecil.

Sementara itu Patrick Anek Uren yang berterima kasih kepada Henry berkata, baruk ini telah dibina dengan peruntukan kecil yang dimulakan oleh beliau sendiri manakala bahagian bumbung logam dibiayai oleh mendiang Dr Patau Rubis.

Baruk ini, katanya, amat panas pada siang hari dan bising ketika hujan dan jarang digunakan.

“Sekarang dengan bumbung baharu dan akan datang unit pendingin udara, baruk ini boleh menjadi tempat ideal untuk perjumpaan dan mesyuarat pemimpin masayaraka­t.

“Harap Adun kita akan memasangka­n pendingin udara apabila peruntukan kerajaan sudah ada nanti,” katanya menerusi cacatan di Facebook.

 ??  ?? BARUK Singai di Kampung Sudoh, Bau telah dipulihkan sepenuhnya dan ideal untuk penganjura­n acara atau program berskala kecil.
BARUK Singai di Kampung Sudoh, Bau telah dipulihkan sepenuhnya dan ideal untuk penganjura­n acara atau program berskala kecil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia