Utusan Borneo (Sabah)

Kontrak hadapan KLCI dijangka teruskan aliran menaik

-

KUALA LUMPUR: Momentum menaik yang memberangs­angkan bagi kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivative­s dijangka berterusan minggu ini, didorong aliran masuk dana asing yang besar dan kekukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.

Peniaga berkata, keyakinan yang semakin meningkat terhadap pertumbuha­n kukuh global tahun ini ditambah dengan kenaikan harga komoditi, khususnya harga minyak mentah, turut menyokong sentimen pasaran minggu ini.

Bagi minggu yang baharu berakhir, pasaran hadapan KLCI kebanyakan­nya tinggi seiring dengan pasaran tunai, mengakhiri dagangan pada Jumaat dengan prestasi kukuh bagi sesi ke-11 berturut-turut. Berasaskan Jumaat ke Jumaat, Januari 2018 dan Mac 2018 masing-masing meningkat 39 mata kepada 1,824 dan 1,819 manakala Jun 2018 melonjak 41 mata kepada 1,817.

Kontrak bulan baharu yang disenaraik­an, Februari 2018 mengakhiri minggu pada 1,823.

Jumlah dagangan mingguan susut kepada 24,199 lot berbanding 65,855 lot, manakala kepentinga­n terbuka meningkat kepada 34,350 kontrak daripada 34,024 kontrak.

Bagi minggu yang baharu berakhir, FBM KLCI kukuh dengan meningkat 21.16 mata kepada 1,817.97 ketika ditutup pada Jumaat berbanding 1,796.81 Jumaat minggu sebelumnya.

Pasaran ditutup pada Isnin sempena cuti Tahun Baharu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia