Utusan Borneo (Sabah)

Joyce sekali lagi cipta rekod

Dinobat sebagai wanita terkuat Selangor

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Misi meraih kejuaraan sebagai wanita terkuat Selangor akhirnya berjaya dicapai oleh Joyce Heng, 31, sebagai penutup tirai 2017.

Membawa gelaran wanita terkuat Sabah dan Johor tidak pernah dijadikan sebagai satu kelebihan diri berbanding peserta yang lain.

Namun beliau sentiasa meletakkan gelaran berkenaan sebagai pembakar semangat supaya lebih fokus dalam pertanding­an.

Sempena pertanding­an Lelaki dan Wanita Terkuat Selangor anjuran PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) 2017,

Joyce muncul johan dengan mengalahka­n 11 peserta yang lain.

Pertanding­an berkenaan diadakan di SACC Mall Shah Alam Selangor pada 30 dan 31 Disember 2017. Menurutnya, kemenangan itu menambahka­n lagi keyakinan beliau untuk mengorak langkah lebih jauh dalam arena sukan berkenaan. “Walaupun sepanjang dua hari pertanding­an itu saya kurang sihat kerana demam dan batuk, ia bukan alasan untuk terus melakukan yang terbaik.

“Kali ini sebanyak enam rutin dipertandi­ngkan dan saya berjaya mendahului semua rekod peserta untuk setiap rutin,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo di sini pada Ahad.

Beliau berkata, rutin berkenaan termasukla­h Log Press 40 kilogram (kg), Loading Race 60-120 kg, Farmer’s Walk 50 kg, Tyre Flip 250 kg (tanpa had), Car Deadlift 120 kg, dan Truck Pull lapan tan sejauh 15 meter.

Joyce berkata, dengan adanya pengalaman menyertai dua pertanding­an sebelum ini, beliau lebih bersedia dan mempunyai keyakinan lebih tinggi untuk pertanding­an peringkat Selangor.

Menurutnya, tiada persediaan yang khusus hanya latihan rutin yang biasa dibuat secara konsisten.

Selain peserta dari Malaysia, Joyce turut bersaing dengan peserta dari Thailand, Australia dan juga Brunei.

Hasil kemenangan­nya itu, Joyce berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM2,000 bersama

piala dan medal.

Selepas ini beliau menyasarka­n pertanding­an di peringkat Sarawak pula yang dijangka berlangsun­g pada 24 dan 25 Februari depan.

Apa yang diharapkan, beliau dapat menyertai pertanding­an itu tanpa sebarang masalah dan mampu mencipta satu lagi rekod kejuaraan sebagai wanita terkuat.

 ??  ?? RUTIN Tyre Flip yang menguji kekuatan stamina Joyce. JOYCE HENG
RUTIN Tyre Flip yang menguji kekuatan stamina Joyce. JOYCE HENG
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KEKUATAN Joyce terserlah semasa mengangkat Perodua Kelisa seberat 120 kg.
KEKUATAN Joyce terserlah semasa mengangkat Perodua Kelisa seberat 120 kg.
 ??  ?? JOYCE bangga dapat mengharumk­an nama Sabah sekali lagi sebagai wanita terkuat Selangor.
JOYCE bangga dapat mengharumk­an nama Sabah sekali lagi sebagai wanita terkuat Selangor.
 ??  ?? FOKUS ketika mengangkat bebanan seberat 40 kg untuk rutin Log Press.
FOKUS ketika mengangkat bebanan seberat 40 kg untuk rutin Log Press.
 ??  ?? PARA peserta pertanding­an bergambar bersama selepas penyampaia­n hadiah.
PARA peserta pertanding­an bergambar bersama selepas penyampaia­n hadiah.
 ??  ?? JOYCE menerima hadiah juara kategori wanita.
JOYCE menerima hadiah juara kategori wanita.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia