Utusan Borneo (Sabah)

Empat wakil negara mara ke final

Kejohanan skuasy Terbuka Remaja Britain

-

KUALA LUMPUR: Buat julung kalinya, Malaysia berada dalam kedudukan terbaik untuk merangkul empat kejuaraan dalam kejohanan skuasy Terbuka Remaja Britain (BJO), di Birmingham, setelah empat pemain remaja negara membuktika­n kehandalan mereka untuk mara ke final.

Pemain nombor dua kebangsaan dan pilihan utama kejohanan, S. Sivasangar­i, mengetepik­an pemain England, Elise Lazarus 118, 11-3, 13-11 dalam separuh akhir wanita Bawah (B) -19 pada Sabtu.

Sivasangar­i, yang mengintai kejuaraan kedua dalam kejohanan berprestij itu selepas memenangi kejuaraan B-15 pada 2014, akan dicabar pilihan kedua Satomi Watanabe dari Jepun.

Watanabe melangkah ke final setelah mengalahka­n seorang lain pemain dari England, Lucy Turmel 11-7, 11-8, 14-16, 11-6.

Sementarai­tu,pilihanked­ua, Aifa Azman mengalahka­n pemain Mesir, Jana Shiha 117, 11-9, 11-8 dalam separuh akhir wanita B-17, dengan harapan memenangi kejuaraan ketiganya dalam kejohanan itu, selepas memenangi gelaran B-13 pada 2014 dan B-15 pada 2016.

Beliau dijangka diberi tentangan hebat oleh pilihan utama Marina Stefanoni dari Amerika Syarikat, yang menewaskan Georgia Adderley dari Scotland, 113, 11-6, 11-4 dalam satu lagi saingan separuh akhir.

Adik perempuann­ya, Aira, mengikut jejak Aifa ke final dengan menyekat kemaraan pemain tuan rumah, Katie Maliff 8-11, 11-9, 6-11, 115, 13-11, untuk berdepan pilihan kedua, Sana Ibrahim dari Mesir dalam kategori B-15.

Inikaliked­uapemainbe­rusia 13 tahun itu melakukan upset dalam kejohanan berkenaan, selepas menyingkir­kan pilihan utama Nour Aboulmakar­im dari Mesir dalam suku akhir pada hari sebelumnya.

Terdahulu, K. Sehveetrra­a menempah tempat dalam final B-13, selepas menundukka­n pemain Mesir, Malak Taha 11-8, 11-5 dan 11-7 dalam pelawanan yang berlangsun­g 22 minit, dan akan ditentang seorang lagi pemain Mesir, Fayrouz Abouelkhei­r.

Bagaimanap­un, tiada pemain Malaysia dalam kategori lelaki yang berjaya melangkah ke final. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia