Utusan Borneo (Sabah)

Costa dibuang padang selepas rai gol kemenangan bersama penyokong

- Meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan dalam perlawanan itu.

dan peringkat separuh akhir Piala Itali,” kata Allegri.

“Nasib baik kita memulakan rehat selama dua minggu sekarang dan dia (Dybala) pasti perlu berehat lebih banyak berbanding pemain lain dalam waktu itu.”

Kedua-dua gol Napoli dijaringka­n pada separuh masa kedua dalam perlawanan menentang pasukan Verona yang gigih, dengan Kalidou Koulibaly yang memecah kebuntuan selepas 65 minit di Naples dan Jose Callejon yang menjamin kemenangan 13 minit kemudian.

Jurulatih Maurizio Sarri tetap berhati-hati walaupun memasuki bahagian kedua musim ini di hadapan juara bertahan sebanyak enam kali itu.

“Kami tahu Juventus mempunyai kepastian selama bertahun-tahun – bahawa mereka dapat dengan selamat menamatkan musim di atas 90 mata, sedangkan kami tidak dapat menyatakan perkara yang sama tentang diri kami sendiri,” kata pengurus Napoli itu.

“Kami tahu kami mesti mengulangi persembaha­n pada musim lepas untuk kembali ke Liga Juara-Juara dan apa sahaja yang lebih daripada itu adalah perkara yang kami tidak pernah terokai.” -AFP MADRID: Diego Costa dibuang dari padang selepas dia menjaringk­an gol kemenangan setelah dia kembali dalam liga untuk Atletico Madrid dalam kemenangan 2-0 di stadium sendiri ke atas Getafe kelmarin, manakala Sevilla melepaskan peluang untuk memintas Real Madrid selepas mereka tewas 5-3 kepada musuh tetangga Real Betis.

Kemenangan Atletico meletakkan mereka empat mata di belakang pendahulu Barcelona, yang melayan kunjungan Levante semalam, dan mengekalka­n mereka dua mata di hadapan Valencia di tempat ketiga dengan 37 mata selepas mereka bangkit daripada defisit awal untuk menewaskan Girona 2-1 hasil jaringan sendiri oleh Janos Ramalho di separuh masa pertama dan tendangan penalti Daniel Parejo tiga minit selepas waktu rehat.

Costa, yang bermain dalam perlawanan La Liga pertamanya sejak dia menyertai semula Atletico dari Chelsea selepas larangan perpindaha­n ke atas kelab Sepanyol itu tamat pada minggu lepas, sudah dilayangka­n kad kuning bagi satu kekasaran pada minit ke62 ketika pasukan tuan rumah mendahului 1-0 menerusi Angel Correa apabila enam minit kemudian dia menyambar

dilayangka­n kad merah selepas meraikan jaringanny­a bersama penyokong. -Gambar AFP

bola hantaran lintang rendah untuk menggandak­an kelebihan pasukannya dan mencetuska­n keriuhan.

Dia melompat ke tempat duduk penonton untuk memeluk penyokong dan segera dilayangka­n kad kuning kedua.

Penyerang itu kelihatan hairan sama sekali dengan keputusan itu tetapi jurulatihn­ya Diego Simeone berkata dia sewajarnya dibuang dari padang.

“Pengadil tidak dapat menimbang aspek emosi (dalam kelakuan Costa), peraturan adalah peraturan,” kata Simeone selepas perlawanan.

“Jika anda pergi dan bergembira­bersamapen­yokong, kad kuning memang wajar. Kita mesti menerima perkara itu.”

Pasukan Simeone kelihatan sukar untuk ditewaskan seperti selama ini – dibolosi hanya lapan gol sahaja dan satu kekalahan dalam 18 perlawanan liga – tetapi mereka menjaringk­an hanya 27 gol sahaja dengan Antoine Griezmann yang menghadapi kesukaran untuk mencari jaring, dengan meledakkan hanya lima gol liga sahaja setakat ini.

“Kehadiran Costa memberi kita kelakuan dan ketajaman. Dan dia juga menakutkan pasukan lawan,” ujar Simeone. “Kita dapat merasainya dan melihatnya.” -AFP

 ??  ?? BERNARDESC­HI
BERNARDESC­HI
 ??  ?? COSTA
COSTA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia