Utusan Borneo (Sabah)

Banyak perkara baik dilakukan kerajaan berbanding janji manis pembangkan­g: Zahid

-

SHAH ALAM: Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan banyak perkara yang jauh lebih baik berbanding pembangkan­g yang lebih gemar menabur ‘janji-janji manis’, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kerajaan juga sentiasa berpijak di bumi yang nyata dalam memberi khidmat kepada rakyat dan tidak menjanjika­n ‘bulan dan bintang’.

“Kita harus yakin apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang ini lebih baik daripada janji-janji yang dilontarka­n (oleh pembangkan­g), termasuk berhajat untuk ‘mengecat langit”.

“Dalam keadaan ini kita jangan hanya melihat bintang di langit tetapi kita juga harus lihat rumput di bumi. InsyaAllah kita akan buktikan itu,” katanya dalam sidang media selepas m e lepaskan peserta Larian Amal Antartika di perkaranga­n Kumpulan Media Karangkraf di sini, pada Ahad.

Seramai 2,300 peserta menyertai larian amal anjuran All Women Expedition to Antarctica (AWETA) yang bertujuan mengumpul dana untuk menampung lima protégé AWETA bagi misi ekspedisi ke Kutub Selatan.

Mengulas lanjut larian amal itu, Ahmad Zahid mengalualu­kan penganjura­n Antartika 2018 yang turut mempromosi­kan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

“(Larian) hari ini merupakan manifestas­i yang cukup baik kerana bukan satu kelompok sahaja yang sertai malah saya lihat ada juga peserta antarabang­sa.

“Sebagai negara yang mempunyai rakyat majmuk, pada hemat saya acara yang terlalu fokus kepada sesuatu etnik patut dielakkan. Kebersamaa­n harus terjelma dalam banyak bentuk acara yang baik seperti ini,” katanya. - Bernama

 ??  ?? ZAHID pada Larian Amal Antarctica Pembuka Tirai Positif Bagi Tahun 2018 di Kumpulan Media Karangkraf pada Ahad.
ZAHID pada Larian Amal Antarctica Pembuka Tirai Positif Bagi Tahun 2018 di Kumpulan Media Karangkraf pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia