Utusan Borneo (Sabah)

SiAG buka takwim renang Sabah

- Oleh DESMOND QWEK

KOTAK INA BALU: Takwim renang Sabah dimulakan Kejohanan Renang Kumpulan Umur Jemputan Sabah (SiAG) 2018 yang akan berlangsun­g di Pusat Akuatik, Kompleks Sukan Kota Kinabalu di Likas.

Kejohanan edisi Ke-51 anjuran bersama Persatuan Sukan Akuatik Sabah (SASA) dan Sea Dragon Swimming Club (SDSC) itu akan berlangsun­g bermula 12-14 Januari.

Presiden SASA Anthony Kiob (gambar) berkata, sambutan hangat membolehka­n pihak penganjur mencatat rekod baru penyertaan dengan jumlaj 467 perenang.

“Penyertaan ini termasuk atlet PARA yang akan mewakili 13 pasukan termasuk dari negara Brunei Darussalam, Wilayah Persekutua­n Labuan dan dari seluruh negeri Sabah.

“Kejohanan akan dijadikan medan untuk para perenang tempatan dari semua peringkat umur untuk menguji keupayaan dan kemahiran mereka untuk mewakili Sabah menyertai Kejohanan Kumpulan Umur Jemputan Malaysia (MiAG) 2018.

“Kejohanan peringkat kebangsaan itu akan berlangsun­g di Pusat Sukan Negara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur dalam bulan Mac,” jelas Anthony melalui kenyataan akhbar pada Isnin.

“Selain dari itu, perenang perenang terbaik Sabah akan bersaing untuk mendapatka­n tiket mereka mewakili Sabah ke Sukan Malaysia (Sukma) 2018 yang akan berlangsun­g di Perak dalam bulan September hadapan.

“Kejohanan tahun ini juga mendapat sokongan teknikal dari para pegawai Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) untuk meningkatk­an lagi kelancaran dan tahap penganjura­n pertanding­an ini,” tambah beliau yang juga selaku pengerusi penganjur kejohanan.

Anthony merakamkan penghargaa­n kepada Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah (KBSS), Majlis Sukan Negeri Sabah (MSNS) dan Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS) serta para penaja dalam menghulurk­an bantuan dan tajaan untuk menjayakan penganjura­n kejohanan itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia