Utusan Borneo (Sabah)

Pemuda PDP perlu aktif bantu rakyat

Juga bantu pembanguna­n negeri tanpa menunggu digerakkan pucuk pimpinan parti

-

BINTULU: Pergerakan Pemuda Parti Demoraktik Progresif (PDP) perlu aktif membantu rakyat dalam kesusahan di peringkat akar umbi serta membantu pembanguna­n negeri ini tanpa menunggu digerakkan pucuk pimpinan parti.

Presidenny­a merangkap Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing berkata pendekatan itu membantu PDP menjadi sebuah parti mesra rakyat.

Katanya, jangan menjadikan parti sebagai ‘parti syok sendiri’ sebaliknya ahli perlu sehati sejiwa membantu serta prihatin terhadap kesusahan rakyat.

“Seruan ini bukan sahaja kepada pemimpin serta ahli majlis tertinggi malah ahli peringkat bahagian dan cawangan perlu mengambil berat dan melihat keperluan serta permasalah­an dihadapi rakyat,” katanya pada Majlis Makan Malam Perpaduan Pemuda PDP di sini malam Sabtu.

Turut hadir Ketua Pemuda PDP Kaunselor Robert Ayu serta ahli Pemuda PDP.

Tiong mengingatk­an ahli parti termasuk pemuda agar bertindak pantas menangani apa juga masalah dihadapi rakyat.

“Jangan menunggu rakyat ‘membuang kita’ baharu hendak bertindak bantu mereka. Tindakan lambat itu menunjukka­n kelemahan dan kekurangan yang ada pada parti kita,” ujarnya.

Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur itu berkata, ahli parti tidak harus melupakan jasa dan pengorbana­n rakyat membantu memberi kuasa melalui sokongan mereka.

Justeru, meskipun PDP sebuah parti kecil dengan tumpuan kawasan perkhidmat­annya besar namun perjuangan membantu rakyat perlu diutamakan.

“PDP ada empat kerusi Parlimen di Sarawak dan pastikan kerusi kita menang besar terutama di Parlimen Baram, Mas Gading, Bintulu dan Saratok.

“Saya mahukan kemenangan besar khususnya di Saratok serta berharap semua ahli terus berjuang untuk parti dan keupayaan calon mewakili kerusi terbabit,” katanya.

Beliau menambah, ahli mesti berjuang penuh jujur, ikhlas serta tidak membelakan­gi parti dan kerjasama serta kesatuan kukuh amat dituntut.

Katanya, golongan belia perlu mengikut laluan betul dan bukan laluan salah untuk maju ke hadapan.

“Seruan ini bukan sahaja kepada pemimpin serta ahli majlis tertinggi malah ahli peringkat bahagian dan cawangan perlu mengambil berat dan melihat keperluan serta permasalah­an ” dihadapi rakyat. DATUK SERI TIONG KING SING Presiden PDP

 ??  ?? TIONG (tiga kiri) menerima borang keahlian kemasukan ahli PDP disampaika­n Kelvin Ting.
TIONG (tiga kiri) menerima borang keahlian kemasukan ahli PDP disampaika­n Kelvin Ting.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia