Utusan Borneo (Sabah)

Yahya yakin Umno Putatan boleh menang besar

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

PUTATAN: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Yahya Hussin yakin Umno boleh menang dengan lebih besar bagi kawasan Putatan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Bagaimanap­un untuk memastikan kemenangan besar berpihak kepada Umno, semua jentera pilihan raya di 16 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di daerah ini perlu bekerja keras dalam memastikan pengundi ‘putih’ yang berpihak kepada BN akan turun mengundi pada hari pengundian.

“Kita mahu sebelum 12 tengahari pada hari mengundi, orang-orang kita yang bertaraf putih ini sudah datang ke tempat mengundi.

“Orang Putatan kena mengundi BN walau siapa juga calon yang bertanding dalam PRU nanti.

“Kita sedia maklum bahawa Putatan ini kawasan putih. Perdana Menteri dan Ketua Menteri juga percaya pengundi di Putatan ini adalah pengundi BN. Jadi kita akan terus pertahanka­n kerusi di sini,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Pusat Daerah Mengundi Sailan, di sini pada Sabtu.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan merangkap Ketua Bahagian Umno Putatan ini menggesa semua 43 ketua cawangan untuk mengenalpa­sti pengundi di Putatan dan pastikan mereka turun mengundi.

Beliau mahu semua 43 ketua cawangan itu menyediaka­n senarai terkini pengundi yang masih mengundi di kawasan Putatan sebelum PRU berlangsun­g.

Menurutnya sekiranya jentera daerah mengundi dan Jalinan Rakyat (JR) melaksana tugas menjaga pengundi masing-masing dengan baik, mungkin mereka tidak perlu lagi berkempen. Jumlah pengundi dalam jentera itu sudah mencukupi untuk meraih kemenangan.

Ditanya tentang persiapan menjelang PRU14, Setiausaha Badan Perhubunga­n Umno Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Petagas ini berkata jentera pilihan raya Umno sudah bersedia menghadapi PRU yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Kita sentiasa memperbaik­i dan memperkuat­kan jentera kita. Walaupun kita sudah bersedia tapi pucuk pimpinan menasihatk­an kita supaya tidak terlebih yakin sehingga kita berhenti bekerja.

“Kita perlu sentiasa bekerja dan menyelidik mana-mana kelemahan yang perlu diperbaiki dan diperkuatk­an,” katanya.

Mengenai kawasan ‘putih’ BN di seluruh Sabah, Yahya berkata BN akan cuba memenangi semua kerusi yang dipertandi­ngkan.

“Harapan kita untuk menang semua tapi kita tidak boleh menang jika kita tidak bekerja,” jelasnya.

Dalam majlis itu, Yahya turut menyampaik­an 50 barangan keperluan asas serta tujuh kerusi roda kepada golongan yang kurang bernasib baik.

 ??  ?? SALLEH menyampaik­an bantuan kepada warga emas.
SALLEH menyampaik­an bantuan kepada warga emas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia