Utusan Borneo (Sabah)

Nelayan hilang ketika memukat ditemukan selamat

- Oleh YUSOP TEPPO

BELURAN: Seorang nelayan yang dilaporkan hilang ketika memukat di perairan Pulau Jambongan, ditemukan selamat pagi Sabtu.

Mangsa dikenali sebagai Mustapa Opong (gambar), 45, ditemukan oleh penduduk kampung kira-kira jam 8.30 pagi dalam keadaan keletihan di pesisir pantai Kampung Obah kira-kira 6.6 batu nautika daripada lokasi terakhir beliau dilaporkan hilang.

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Muda Maritim Dato’ Mohd Zubil Mat Som berkata, mangsa yang ditemukan dalam keadaan keletihan namun selamat telah dibawa ke Kampung Babago, Pulau Jambongan oleh bot nelayan orang kampung sambil diiringi oleh Bot Maritim Banggi 43.

“Dengan terselamat­nya mangsa yang dicari, Operasi Mencari dan Menyelamat (Op Carilamat) telah ditamatkan pada jam 9.15 pagi,” katanya.

Terdahulu Zubil berkata, Op Carilamat yang masuk hari kedua melibatkan aset KM Tebrau dan Bot Banggi 43 daripada APMM Sandakan, sebuah bot alumunium dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, sebuah Inflatable Boat dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta kira-kira 20 bot nelayan dari penduduk Pulau Jambongan telah terlibat dengan misi pencarian seluas 275 batu nautika persegi melibatkan perairan Pulau Jambongan sehingga perairan Beluran.

Tambahnya, sebuah pesawat udara jenis Beachcraft masingmasi­ng dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Labuan dan Pasukan Gerakan Udara PDRM juga turut diletakkan dalam keadaan siap sedia untuk diatur-gerak dalam Operasi Carilamat ini.

Sehubungan itu, beliau bagi pihak APMM Wilayah Sabah dan Labuan mengucapka­n terima kasih kepada pihak TUDM, Pasukan Gerakan Udara PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat, APM dan komuniti maritim Pulau Jambongan di atas bantuan aset untuk operasi mencari dan menyelamat kali ini.

Zubil berkata, agensi ini juga sentiasa bersedia pada setiap masa dalam memberi bantuan yang sewajarnya pada masyarakat setempat ketika berlakunya kecemasan atau bencana.

“Semua masyarakat juga diminta agar sentiasa melaporkan pada pihak APMM sekiranya berhadapan dengan sebarang masalah di laut dan boleh menghubung­i bilik operasi 24 jam APMM Wilayah Sabah dan Labuan di talian 088 -270165 atau MERS 999,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Bom badan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sandakan Anddre Andrew berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kehilangan mangsa pada jam 11.41 pagi Jumaat.

Beliau berkata, mangsa dikatakan masih belum balik ke rumah dari memasang pukat di Kuala Laut Jambongan iaitu kira-kira 2 batu jauhnya dari tempat tinggalnya di Kg Bahanan, Jambongan.

“Mangsa dikatakan keluar memasang pukat pada Rabu (10 Januari) kira-kira jam 6 pagi tetapi sehingga pagi Jumaat mangsa belum balik ke rumah,” katanya.

Sejurus itu, gerakan mencari mangsa dijalankan oleh penduduk kampung dan nelayan namun masih juga belum menemukan mangsa.

 ??  ?? Hanya pukat yang dipasang oleh mangsa ditemui, namun mangsa bersama bot yang dinaiki masih tidak dijumpai sehingga laporan dibuat kira-kira jam 11.21 pagi Jumaat dan gerakan operasi mencari dan menyelamat dijalankan.
Hanya pukat yang dipasang oleh mangsa ditemui, namun mangsa bersama bot yang dinaiki masih tidak dijumpai sehingga laporan dibuat kira-kira jam 11.21 pagi Jumaat dan gerakan operasi mencari dan menyelamat dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia