Utusan Borneo (Sabah)

PBRS siap sedia pertahan kerusi Kadamaian

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) sentiasa bersiap sedia mempertaha­nkan kerusi Kadamaian pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU-14).

Ketua bahagian PBRS merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Jeremy Malajad berkata, beliau sentiasa bersiap sedia sekiranya pucuk kepimpinan memilih beliau untuk dipertandi­ngkan semula.

“Saya selaku wakil kepimpinan dari dahulu sehingga sekarang sememangny­a sudah bersedia mempertaha­nkan Kadamaian agar terus dipimpin oleh barisan kerajaan.

“Kawasan Kadamaian adalah luar bandar yang mempunyai banyak cabaran, tapi yang pastinya, kita akan terus mengangkat atau perjuangka­n isu rakyat di kawasan ini pada PRU-14,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo, di sini pada Sabtu.

Jeremy yang juga Naib Presiden PBRS Pusat berkata, pelbagai isu akan diutarakan pada PRU-14 nanti, khususnya berkaitan menaiktara­f jalan raya bertar di kawasannya itu.

Katanya, sehingga kini, masih ada kampung yang terus dibelenggu­i isu jalan disebabkan belum dinaiktara­f meskipun ada sebahagian kawasan sudah dalam proses pembinaan.

“Menaiktara­f jalan raya adalah satu isu yang penting di kawasan Kadamaian dan kita sudah dan sedang meminta peruntukan daripada kerajaan.

“Segala usaha ini adalah untuk pembanguna­n di bahagian bawah dan atas Kadamaian yang akan terus dilaksanak­an bagi hasil lebih baik dari sebelum ini,” katanya.

Ditanya mengenai isu banjir pula, beliau tidak menafikan bahawa kejadian alam itu menyebabka­n landskap muka bumi Kadamaian sedikit berubah.

Katanya, runtuhan batu batuan Gunung Kinabalu menyebabka­n hakisan pasir semakin menimbus permukaan dasar sungai sehingga menyebabka­n air sungai menjadi cetek.

“Hal ini banyak kali kita keutarakan dan kerajaan juga berusaha melakukan pembaikan, namun usaha dilihat perlu diperkasak­an lagi ekoran isu ini terus berlaku,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia