Utusan Borneo (Sabah)

BN akan terus pertahan kerusi Kiulu pada PRU-14

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Parti kepimpinan Barisan Nasional (BN) akan terus mempertaha­nkan kerusi Kiulu pada Piliharaya Umum ke-14 (PRU-14).

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kiulu Datuk Joniston Bangkuai (gambar) berkata, beliau akan bersedia mempertaha­nkan kerusi sekiranya dicalonkan semula.

Bagaimanap­un katanya, semua keputusan berkaitan pencalonan adalah bergantung kepada kuasa pucuk kepimpinan kerajaan.

“Memang itu sudah menjadi tanggungja­wab kita selama ini yang mana sudah banyak agenda pembanguna­n dilaksanak­an oleh kerajaan.

“Misalnya, Kiulu terpilih sebagai hub pelanconga­n luar bandar Sabah yang diumumkan pada bajet tahun ini dan pembanguna­n Kiulu akan terus dilaksanak­an sekiranya kita terus diberi kepercayaa­n untuk memerintah,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo, di sini pada Sabtu.

Ditanya mengenai kempen yang bakal dibawa pada PRU14 beliau berkata, pelbagai isu yang akan bakal dikeutarak­an, terutamany­a berkaitan isu kemudahan infrastruk­tur di Kiulu.

Katanya, kemudahan itu penting memandangk­an Kiulu semakin rancak dalam pembanguna­n sektor pelanconga­n selain keperluan penduduk di kawasan itu.

“Kiulu dikeliling­i dengan pelbagai kampung kecil yang mana memerlukan kemudahan awam yang harus dinaiktara­f seperti jalan raya, air bersih dan sebagainya.

“Jadi, sudah semestinya kita akan pastikan untuk terus bekerja keras membangunk­an Kiulu khususnya melibatkan isu besar ini yang menjadi keperluan rakyat,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia