Utusan Borneo (Sabah)

109 sekolah daif akan dinaiktara­f

Dengan kaedah Sistem Binaan Berindustr­i (IBS) tahun ini di seluruh Sabah

-

PAPAR: Sebanyak 109 buah sekolah daif di seluruh Sabah akan dinaiktara­f dan dibaiki menggunaka­n kaedah Sistem Binaan Berindustr­i (IBS) pada tahun ini.

TimbalanMe­nteriKerja­raya Malaysia Datuk Hajah Rosnah Hj. Abdul Rashid Shirlin berkata, proses menaiktara­f dan membaiki sekolah daif itu akan dikendalik­an oleh Kementeria­n Pendidikan menerusi Jabatan Pendidikan Sabah dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah .

Katanya, kerja menaik taraf dan membaikpul­ih 74 daripada 109 sekolah itu akan dikendalik­an oleh Kementeria­n Pendidikan menerusi Jabatan Pendidikan Sabah, manakala 35 lagi oleh JKR Sabah yang dijangka kerja-kerja menaiktara­f ini bermula pada Mac tahun ini dan siap dalam tempoh tiga hingga empat tahun.

“Di daerah Papar, sebanyak lima sekolah rendah akan dibaikpuli­h bangunanny­a iaitu SK. Mook, SK. Mandalipau, SK. Beringgis, SK. Benoni dan SK. Limputong,” katanya pada sidang media selepas melancarka­n Program Kembara Back To School 2018 di SK.Tanaki, di sini pada Sabtu.

Turut hadir ialah Pegawai Pendidikka­n Daerah Papar Hj. Suhaimi Hj. Harun dan Guru Besar SK. Tanaki Jasri Amir Abjul. Sebanyak empat buah sekolah telah menerima bantuan beg dan peralatan sekolah dalam lawatan ini yang disampaika­n oleh Rosnah atas sumbangan Plus Malaysia Berhad kepada kira-kira 300 murid di SK.Kogopon, SK. Kaiduan, SK. Tanaki dan SK. Mandalipau. Terdahulu, Rosnah yang juga Ahli Parlimen P.175 Papar telah merasmikan­Majlis Sambutan Hari Krismas dan Tahun Baharu 2018 anjuran Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Daerah Papar di PAWE Papar.

Rosnah dalam ucapannya berkata, amalan berkongsi perayaan dan menghormat­i perayaan kaum-kaum lain serta tradisi kunjung mengunjung di musim perayaan perlu diteruskan supaya ianya kekal menjadi identiti masyarakat Malaysia yang unik lagi harmoni.

Katanya, di majlis ini juga warga emas menerusi PAWE mampu mengeratka­n tali silaturahi­m serta membuka peluang kepada para ahlinya mencetuska­n idea mengenai aktiviti yang boleh dijalankan sebagai pengisian program dan aktiviti semasa yang dirancang.

Beliau berharap, program

“Di daerah Papar, sebanyak lima sekolah rendah akan dibaikpuli­h bangunanny­a iaitu SK. Mook, SK. Mandalipau, SK. Beringgis, SK. ” Benoni dan SK. Limputong DATUK HAJAH ROSNAH HJ. ABDUL RASHID SHIRLIN Timbalan Menteri Kerjaraya Malaysia

seumpama ini akan dapat diteruskan pada masamasa akan datang dalam meningkatk­an lagi iltizam bagi mengubah kehidupan masa depan dengan lebih cemerlang.

Dalam masa yang sama Rosnah amat menyokong penubuhan PAWE kerana kewujudann­ya sebagai wadah menyatukan warga emas dan pelbagai golongan latar belakang profesion seperti pesara penjawat awam kerajaan, guru-guru dan individu yang memiliki kemahiran tersendiri untuk menyumbang khidmat yang boleh dikongsi kepada masyarakat.

 ??  ?? ROSNAH sedang menyampaik­an beg sekolah kepada salah seorang murid SK.Tanaki.
ROSNAH sedang menyampaik­an beg sekolah kepada salah seorang murid SK.Tanaki.
 ??  ?? ROSNAH menyaksika­n Setiausaha Sulit beliau Hadi A.Kassim sedang menyambut hari lahir di majlis PAWE.
ROSNAH menyaksika­n Setiausaha Sulit beliau Hadi A.Kassim sedang menyambut hari lahir di majlis PAWE.
 ??  ?? ROSNAH menyampaik­an bantuan awal persekolah­an kepada Guru Besar SK.Mandalipau Julianus Thomas sambil diperhatik­an oleh Hj.Suhaimi (kiri).
ROSNAH menyampaik­an bantuan awal persekolah­an kepada Guru Besar SK.Mandalipau Julianus Thomas sambil diperhatik­an oleh Hj.Suhaimi (kiri).
 ??  ?? SEBAHAGIAN murid SK.Tanaki merakamkan gambar bersama Rosnah dan guru-guru.
SEBAHAGIAN murid SK.Tanaki merakamkan gambar bersama Rosnah dan guru-guru.
 ??  ?? ROSNAH sedang ditemurama­h dalam sidang media.
ROSNAH sedang ditemurama­h dalam sidang media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia