Utusan Borneo (Sabah)

Lebih seribu murid terima sumbangan peralatan persekolah­an

-

PAPAR: Program ‘Happy To School’ bermatlama­t untuk membantu meringanka­n beban ibubapa yang kurang berkemampu­an dalam menyediaka­n keperluan asas persekolah­an anak-anak mereka dengan harapan dapat menyuntik semangat dan memberi motivasi.

Ketua Bahagian Umno Papar DSP Hj.Abdul Rahim Ismail berkata, selain itu para pelajar yang menerima bantuan ini juga dapat menjalani sesi persekolah­an dengan selesa seperti rakanrakan mereka dan secara tidak langsung memberi keriangan kepada anak-anak terbabit untuk memulakan sesi persekolah­an.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan ‘Program Happy To School’ anjuran Kelab Putera 1 Malaysia dan Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Umno Malaysia, di Dewan Masyarakat Papar, di sini pada Sabtu.

Seramai lebih seribu orang murid dari sekolah-sekolah rendah di daerah Papar telah menerima sumbangan peralatan persekolah­an di majlis itu.

Selaras dengan usaha murni ini menurut Rahim, kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa membantu rakyat keseluruha­nnya tanpa mengira bangsa, agama dan suku kaum.

Katanya, sebagai kerajaan yang prihatin dan bertanggun­gjawab, kita sentiasa mendengar dan merasai denyut nadi rakyat.

“Sesuai dengan semangat kata dikota, janji ditepati, kerajaan BN terus memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan­nya,” jelasnya.

Rahim yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) berkata, program seumpama ini mampu mengukuhka­n pembanguna­n modal insan yang berkualiti dan kompeten dalam bidang pendidikan.

Rahim mengingatk­an para ibubapa agar sentiasa memberikan galakan dan sokongan moral kepada anak-anak demi impak yang besar dalam perkembang­an pendidikan anak masingmasi­ng.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerja BKDP Umno Pusat merangkap Setiausaha Agung Kelab Putera 1 Malaysia Datuk Yadzan Mohammad, Hadi A.Kassim mewakili Datuk Hjh. Rosnah Hj.Abdul Rahid Shirlin, PPD Daerah Papar Hj.Suhaimi Hj.Harun, wakil Pegawai Daerah Papar AK.Raimie Hj.Abd.Rahman, dan wakil Ketua Polis Papar ASP Halimah Abdullah.

Juga hadir ialah Ketua Pergerakan Wanita Umno Papar Datin Seri Hjh. Dg.Ku Ainun Pg.Bagul, PPM P.Manis Hj.Ag. Arshad Hj.Ag.Kahar, Ketua Pergerakan Puteri Umno Papar Fahzean Hj.Mohiddin, AJK-AJK Bahagian/Wanita/ Puteri/Pemuda Umno Papar, warga pendidik, para ibubapa, anak-anak murid serta para pemimpin dan masyarakat setempat.

 ??  ?? (gambar atas) YADZAN, warga pelajar dan semua tetamu yang hadir merakamkan gambar bersama Rahim. (gambar kanan) RAHIM menyampaik­an cenderahat­i kepada Yadzan Mohammad.
HADI (empat kiri) merakamkan gambar bersama tetamu yang hadir. Kelihatan Ibrahim...
(gambar atas) YADZAN, warga pelajar dan semua tetamu yang hadir merakamkan gambar bersama Rahim. (gambar kanan) RAHIM menyampaik­an cenderahat­i kepada Yadzan Mohammad. HADI (empat kiri) merakamkan gambar bersama tetamu yang hadir. Kelihatan Ibrahim...
 ??  ??
 ??  ?? SALAH seorang murid menerima beg dari Rahim sambil diperhatik­an oleh Yadzan dan tetamu yang hadir.
SALAH seorang murid menerima beg dari Rahim sambil diperhatik­an oleh Yadzan dan tetamu yang hadir.
 ??  ?? DATIN Hjh. Dg.Ku Ainun (dua kanan) bersama Fahzean (tengah) dan Hj. Muslih Hj.Safan (dua kiri).
DATIN Hjh. Dg.Ku Ainun (dua kanan) bersama Fahzean (tengah) dan Hj. Muslih Hj.Safan (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia