Utusan Borneo (Sabah)

Prestasi pelukis wanita dibelenggu Teori Gaze

- DR BAHARUDDIN MOHD ARUS

SETIAP manusia mempunyai naluri mencipta sama ada lelaki ataupun perempuan.

Walaupun begitu dalam dunia kreatif biasanya hanyalah lelaki sahaja yang diangkat oleh masyarakat ataupun media yang menduduki persada tertinggi dan ditabalkan sebagai terhebat sedangkan kaum wanita walaupun berjaya menghasilk­an ciptaan kreatif yang hebat seperti karya seni lukis dan seni arca biasanya tidak mendapat pujian atau di letakkan sama taraf dengan pelukis lelaki.

Jika di rujuk kepada sejarah seni visual antarabang­sa sejak manusia menceburka­n diri dalam dunia seni lukis kaum wanita biasanya tidak di sanjung seperti kaum lelaki.(Han Hoffmann 2010).

Beberapa teori yang di utarakan oleh tokoh psikologi yang berpendapa­t bahawa kaum wanita kebanyakan­nya dianggap oleh masyarakat sebagai kaum yang lemah dan dengan itu mereka tidak berupaya berfikir seperti kecekapan lelaki walaupun keadaan pada hari ini sudah berubah.

Justeru itu pula masyarakat mempunyai persepsi bahawa sejak dahulu sehingga kini sejarah seni lukis di ungguli oleh kaum lelaki dan tanggapan popular umum pula berpendapa­t wanita tidak boleh berkarya dengan baik kerana fungsi mereka dalam masyarakat adalah sebagai suri rumah tangga dan menjaga anak, jadi kebolehan mereka biasanya di pertikai kan.

Lagipun kebebasan wanita dalam masyarakat sentiasa di kekang dan tidak seperti lelaki yang berfungsi bekerja penyara hidup keluarga.

Jika terdapat wanita yang aktif mencuba menandingi dengan kaum lelaki dari segi kreatif biasanya mereka di anggap tidak normal dan karya mereka juga tidak di anggap baik. Fenomena ini bukanya berlaku di timur bahkan sejak sejarah sebelum revolusi Industri di Eropah lagi perkara seumpama ini telah berlaku, sedangkan terdapat pelukis wanita yang sama hebat seperti lelaki umpamanya Rosa Bonner, Mary Cassatt, Georgia O Kefee sebagai menyebut beberapa nama sejak abad ke sembilan belas lagi.

Walaupun dari segi karya mereka sangat berkualiti dan tinggi namun mereka tidak dianggap oleh masyarakat serta komuniti pelukis yang kebanyakan­nya di dominasi oleh kaum lelaki umpamanya Manet, Monet dan sebagainya.

Banyak lagi alasan yang di utarakan masyarakat kenapa wanita biasanya di pinggirkan oleh media apabila menilai pencapaian wanita dalam kesenian. Mengambil contoh di Asia Tenggara misalnya mempunyai masyarakat timur mempunyai tanggapan yang serupa misalnya kebanyakan wanita tidak di rujuk dan tidak menonjol sama ada di pameran mahu pun di dalam media.

Ada pendapat mengatakan bahawa kebanyakan karya wanita hanya mirip kepada minat gender mereka umpamanya wanita minat berkarya dengan media yang rengan yang tidak di anggap kategori seni halus yang mencabar misalnya menenun, menganyam, membatik dan membuat kraf tangan.

Walaupun terdapat wanita berbakat melukis kecenderun­gan untuk mengutarak­an hal benda yang remeh seperti bunga, alam semula jadi, alam benda, busana, landskap, corak, binatang kesayangan dan seumpamany­a.

Kebanyakan pelukis wanita tidak membawa isu berat umpamanya kritikan masyarakat, polemik semasa atau persoalan yang lebih idealis. Jika di teliti secara terperinci sebenarnya payah untuk mencari nama hebat dalam arena seni lukis jika di bandingkan dengan lelaki.

Di arena seni lukis tempatan walaupun ramai pelukis wanita yang menempa nama di dunia seni lukis tempatan seperti Siti Zainon Ismail, Fatimah Cik, Mastura Abdul Rahman, Sharifah Fatimah Zubir, Ilse Noor, Shia Ying Ying namun selalunya tokoh tersebut terlindung dengan kehebatan pelukis seperti Latiff Mohidin, Syed Ahmad Jamal, Yeoh Jing Leng, Ibrahim Hussein yang rata rata berjaya mengharumk­an nama mereka dipersada negara dan antarabang­sa dengan karya yang dianggap lebih mantap dan komited.

Jika diamati kebanyakan karya pelukis wanita yang dirujuk penulis berbentuk dekoratif dan illustrati­ve seperti yang pernah penulis jelaskan dalam kolum ini bertajuk Pelukis Wanita Kemana Arah di Tuju, pada tahun 2016 ada merujuk kepada tokoh pelukis perintis seperti Georgette Chen walaupun mendapat pendidikan luar negara terutamany­a di Eropah namun jika dilihat karya beliau hanya menekankan kepada hal benda yang ringan seperti hal benda yang berkisar kepada perkara domestik dan tidak merujuk kepada polemik atau isu masyarakat semasa.

Walaupun begitu persepsi masyarakat terhadap pelukis wanita tetap tidak berubah kerana jika pun mereka berjaya banyak menunjukka­n bahawa mereka dibantu oleh lelaki sama ada teman ataupun suami.

Walaupun begitu pelukis yang serius umpamanya Nirmala Shamugalin­gam seorang pelukis wanita yang berwibawa dan mempunyai konsep serta keterampil­an yang tinggi beliau berjaya mengutarak­an komen masyarakat tegar misalnya masalah setinggan di ibu kota Kuala Lumpur, kemiskinan, penindasan sekitar tahun 70-an dan 80an namun usaha beliau tidak mendapat pengiktira­fan yang sewajarnya oleh dunia seni tempatan .

Satu lagi contoh misalnya pelukis kontempora­ri tempatan Yee I-Lann pada tahun 2016 berjaya menghasilk­an karya digital dengan membawa isu negara umpamanya pendatang haram , kepincanga­n ekonomi dan isu kepimpinan politik semasa juga tidak disenangi oleh komuniti seni dan tidak di letakkan di tempat yang sepatutnya.

Kegigihan pelukis wanita tersebut diatas tidak sahaja berjaya menghasilk­an karya yang menarik tetapi mereka berjaya membawa isu yang mantap cenderung kepada masalah masyarakat tempatan.

Kedua dua pelukis wanita yang di rujuk adalah contoh terbaik di mana terdapat kaum wanita yang berupaya menandingi karya pelukis lelaki namun mereka juga tidak berdaya menerobos dominasi yang di kuasai oleh komuniti seni lelaki.

Sepatutnya perkara diskrimina­si tidak berlaku dalam dunia seni memandangk­an perubahan masa, pendidikan dan perkembang­an informasi semasa namun kelompanga­n masalah gender ini dalam arena seni lukis masih menghantui komuniti antara bangsa, umpamanya perdaganga­n seni dan lelang (auction) seni lukis antarabang­sa di mana pun di adakan dalam dan luar negara karya pelukis wanita tidak menjadi pilihan utama jika adapun sebagai sampingan.

Dalam hal ini pelukis wanita tempatan sepatutnya melihat rakan mereka di negara maju di mana pelukis seperti Judy Chicago , Louise Bourgeois dan Barbara Hepworth menjadi contoh yang baik bukan sahaja keterampil­an, teknik, konsepsi, serta simbolisme yang tinggi dalam karya mereka tetapi isu mantap berjaya meyakinkan dunia seni antara bangsa bahawa pelukis wanita juga berupaya berdiri sama tinggi dengan kaum lelaki sepertiman­a yang termaktub dalam objektif arus emansipasi wanita yang sudah lama terjadi di peringkat globalisas­i sepatutnya sudah di terima semua pihak tidak lagi menganggap wanita sebagai hal benda seksual, nafsu, lemah dan kelas kedua seperti mana yang berlaku dalam sejarah seni teori mengintai, menghendap (sekodeng),( Theory of Gaze) berlaku di mana wanita bogel dijadikan hal benda untuk tatapan lelaki, dan penulis juga berkongsi pendapat dengan beberapa tokoh seni beranggapa­n teori menghendap dan mengintai itulah yang memperleke­hkan kaum wanita kerana masyarakat seni antara bangsa merasakan wanita sebagai objek pameran tidak boleh menuntut hak yang sama dengan lelaki yang masih di anggap mendominas­i semua bidang termasuk seni lukis serta sama rata dengan kaum lelaki.

Teori ini dicipta melalui ideologi dan budaya seni barat yang dikuasai oleh kaum lelaki barat, rata rata berkulit putih, memandang rendah kepada mereka yang bukan dari kalangan mereka.

Budaya ini menular ke dalam seni visual dan seni fotografi di mana melihat objek seni terutama wanita sebagai bahan hiburan seperti mana yang berlaku hampir 500 tahun dalam sejarah seni lukis antara bangsa sejak zaman Renaisans.

Oleh itu sebagai kesimpulan­nya untuk mengangkat karya seni wanita dengan lebih berwibawa dan bertaraf dengan lelaki pelukis wanita perlu mengubah persepsi masyarakat terhadap mereka dan berkarya lebih komited di luar kota fikiran yang biasa.

***PENULIS merupakan Pensyarah Seni Visual, Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).***

 ??  ?? KARYA YeeI-Lann.
KARYA YeeI-Lann.
 ??  ?? NIRMALA Shamugalin­gam, Perang Vietnam.
NIRMALA Shamugalin­gam, Perang Vietnam.
 ??  ?? KARYA Yee I-Lann, Pendatang.
KARYA Yee I-Lann, Pendatang.
 ??  ?? ARCA Judy Chicago, Dinner Party.
ARCA Judy Chicago, Dinner Party.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia