Utusan Borneo (Sabah)

Generasi muda diminta imarahkan masjid

-

S E M P O R N A: Generasi muda diminta mengimarah­kan masjid yang bertujuan untuk meningkatk­an peranan institusi agama itu sebagai pusat kemajuan umat Islam.

Pemangku Ketua Pemuda Umno Semporna Ahmad Marzuki Datuk Seri Nasir berkata, golongan belia perlu sedar bahawa masjid bukan sekadar tempat solat tetapi juga pusat penyebaran maklumat dan aktiviti kemasyarak­atan.

“Selama ini tanggapan ramai ialah masjid hanya sesuai dijadikan tempat beribadat. Sebenarnya masjid boleh berfungsi menjadi tempat meningkatk­an ekonomi, pusat penyebaran maklumat dan menjalin perpaduan ummah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis penyerahan sumbangan alat pembesar suara kepada Pengerusi Jawatankua­sa Masjid, Iman Bacho Maswara di Masjid Kampung Ungkaraya, di sini pada Jumaat.

Ahmad Marzuki turut meminta generasi muda Islam memanfaatk­an pusat ibadah itu bagi meningkatk­an pengetahua­n yang tidak terhad kepada sudut keagamaan sahaja.

Katanya, meskipun surau dan masjid sememangny­a sinonim sebagai pusat ibadat dan aktiviti keagamaan, namun peranannya perlu diperluask­an termasuk sebagai pusat perpaduan.

“Surau juga sebenarnya boleh digunakan untuk aktiviti belia yang menjurus kepada aktiviti masyarakat selain boleh mengajak golongan itu mendekati surau,” katanya.

Katanya, suatu yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak ialah memastikan pengurusan dan kebersihan surau dalam keadaan terbaik.

‘‘Kebersihan dan keceriaan surau perlu sentiasa diberi perhatian. Begitu juga umat Islam perlu menghormat­i masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini,” katanya.

Dalam masa yang sama Ahmad Marzuki meminta generasi muda tidak mudah terpedaya serta terpengaru­h dengan helah parti pembangkan­g yang sedang bersungguh-sungguh untuk meraih sokongan mereka melalui ceramah parti.

“Generasi muda harus sedar pihak pembangkan­g boleh menjanjika­n apa sahaja walaupun ia tidak ‘berpijak di bumi yang nyata’ asalkan mereka boleh mendapatka­n sokongan.

“Jangan menggadai masa depan dengan memilih parti pembangkan­g kerana pemimpin pembangkan­g hanya pandai berjanji.

“Negeri Sabah telah mengalami pengalaman sejarah yang pahit apabila diperintah oleh kerajaan pembangkan­g dan tidak mendapat kemudahan yang sewajarnya untuk rakyat,” tegasnya

“Hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) dapat membela nasibrakya­tdenganmen­jamin keamanan, keselamata­n dan kemakmuran yang dikecapi negara sejak dahulu,” ujarnya.

 ??  ?? AHMAD Marzuki menyerahka­n sumbangan alat pembesar suara kepada Pengerusi Jawatankua­sa Masjid Iman Bacho Maswara di Masjid Kampung Ungkaraya, Semporna.
AHMAD Marzuki menyerahka­n sumbangan alat pembesar suara kepada Pengerusi Jawatankua­sa Masjid Iman Bacho Maswara di Masjid Kampung Ungkaraya, Semporna.
 ??  ?? AHMAD Marzuki bersama masyarakat setempat Kampung Ungkaraya, Semporna bersama-sama berjemaah mengerjaka­n solat Jumaat.
AHMAD Marzuki bersama masyarakat setempat Kampung Ungkaraya, Semporna bersama-sama berjemaah mengerjaka­n solat Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia