Utusan Borneo (Sabah)

Puspanita Labuan main peranan sumbang kesejahter­aan masyarakat

-

LABUAN: Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmat­an Awam Malaysia (Puspanita) Labuan memainkan peranan penting untuk menyumbang kepada kesejahter­aan hidup masyarakat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan yang juga penasihat Puspanita Labuan Azhar Ahmad, persatuan itu perlu meneruskan aktiviti yang boleh memberi manfaat dan kebaikan kepada semua pihak.

“Saya juga berharap ahliahli Puspanita lebih proaktif dan mengambil bahagian dalamaktiv­itianjuran­jabatan dan agensi kerajaan, swasta termasukla­h Perbadanan Labuan,” ujarnya.

Katanya, pada tahun lalu, Puspanita melaksanak­an tiga program dengan kerjasama Perbadanan Labuan iaitu antaranya Program Kembali Ke Sekolah yang memberi sumbangan kepada 80 pelajar sekolah rendah dari keluarga berpendapa­tan rendah.

“Puspanita juga turut menghulurk­an bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Rancha - Rancha dan sumbangan sempena Bulan Ramadan,” tambah Azhar.

Azhar menyaranka­n agar Puspanita Labuan dapat merancang aktiviti dengan lebih efisyen menggunaka­n peruntukan yang sedia ada.

“Setiap aktiviti yang dirancang perlu dijalankan mengikut tarikh yang ditetapkan dan sekiranya Puspanita tidak dapat melaksanak­an dengan baik maka kemungkina­n penganjur sukar memberikan bantuan peruntukan untuk program akan datang,” katanya semasa merasmikan Mesyuarat Agung Puspanita W.P Labuan yang ke -29, di sini pada Sabtu.

Sementara itu, Pengerusi Puspanita Labuan Nuraini Mohammed berkata, sebanyak 22 aktiviti telah dijalankan pada 2017 yang meliputi pelbagai aktiviti seperti sukan, penyampaia­n sumbangan, ceramah, pendidikan dan lain-lain.

“Saya juga berharap program-program seperti ini dapat diteruskan dan mendapat kerjasama yang lebih ramai dari semua ahli,”jelasnya.Penerangan.

 ??  ?? AZHAR (duduk tengah) dan Nuraini (duduk tiga kiri) bergambar kenangan bersama Ahli Jawatankua­sa Puspanita Labuan.
AZHAR (duduk tengah) dan Nuraini (duduk tiga kiri) bergambar kenangan bersama Ahli Jawatankua­sa Puspanita Labuan.
 ??  ?? ANTARA ahli-ahli Puspanita yang hadir pada Mesyuarat Agung Puspanita W.P Labuan.
ANTARA ahli-ahli Puspanita yang hadir pada Mesyuarat Agung Puspanita W.P Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia