Utusan Borneo (Sabah)

Suntik 6.0 menumbuhka­n rasa cinta kepada sastera

-

ANDAI cinta mampu memberi semangat dan harapan. Membentuk perasaan aman dan kasih sayang. Kami berharap Suntik adalah ruangnya untuk menumbuhka­n rasa cinta kepada sastera. Ibarat kata-kata Triyanto - 1946; menulis karya sastera wajib dilandasi rasa cinta. Jika sudah cinta, mudah dipelajari. Dengan demikian, akan melahirkan tulisan yang disukai pembaca.

Sebegitu Suntik 6.0 yang memasuki fasa pertengaha­n. Bagi saya, menumbuhka­n rasa cinta kepada sastera itu perlu usaha berterusan. Menggerakk­an dengan padu, bertenaga dan penuh semangat. Dan segalagala­nya bertunjang­kan hasil karya sastera itu sendiri. Seperti perjalanan cinta; kewujudann­ya membibitka­n keghairaha­n hidup. Pencinta sering berjiwa besar, melakukan sesuatu tanpa imbalan. Andai sikap ini menjadi budaya masyarakat dalam meraih ilmu, sudah pasti ilmu pengetahua­n itu terangkat. Dan gerakan sastera sebahagian daripada cetusannya.

Suntik kali ini mengundang buat kali kedua, Haji Sukor Haji Husin (Hasyuda Abadi) – Ketua Satu IPS sebagai penilai puisi. Seawal pagi beliau hadir dengan penuh semangat. Beliau kali ini menampilka­n kelainan dalam penilaian puisi dengan memberi tumpuan kepada pemilihan tajuk.

“Judul menarik akan memikat perhatian pembaca,” katanya. Bagi beliau, judul adalah pintu masuk bagi sebuah karya. Beliau menyaranka­n penulis sentiasa rajin membaca dan menelaah buku-buku penulis mapan. Seterusnya membanding­kan bagaimana tajuk sebuah karya itu keihatan menarik.

Melalui gaya persembaha­n penilaian yang jelas dan terang, beliau membanding­kan tajuk-tajuk puisi yang terbit sepanjang Disember. Menurut beliau, tajuk juga merupakan perincian dari topik dan cermin dari jiwa seluruh tulisan. Seperti Puisi Terbaik Suntik 6.0 pilihan beliau - Dusta Yang Indah (NST) oleh Dr Jurry Foo. Meski puisi ini menggunaka­n kata-kata biasa, namun ianya mempunyai unsur kejiwaan. Sebuah puisi yang menterjema­hkan sifat kasih sayang ibu bapa kepada anaknya. Lalu membuatkan pembaca berfikir makna dusta yang membayangi puisi ini. Pada bait puisi terakhir, pengarang kemudianny­a membangunk­an ayat yang menjadi identiti kepada tajuk;

“Dusta yang indah hanya dari ibu bapa pencinta.” Selain berperibad­i kelakar yang menghidupk­an suasana. Cikgu Raymond Majumah adalah penulis mapan Sabah yang prolifik. Beliau antara penilai yang memudahkan urusan penganjur dengan mengumpul bahan sendiri, bagi memudahkan urusan penilaian. Beliau memulakan sesi kedua dengan mengambil contoh pandangan Dr Mohammad Saleeh Rahamad (Presiden Pena), berkaitan analisis karya yang menjadi kayu ukur beliau membuat penilaian.

“Rata-rata karya yang terbit sepanjang Disember berkaitan psikologi yang dilalui oleh watak rekaan pengarang,” katanya. Beliau selanjutny­a tidak menggalakk­an penulis negeri ini menggunaka­n Bahasa Indonesia di dalam karya. Baginya, penulis harus menghormat­i dan mengutamak­an Bahasa kebangsaan itu sendiri.

Beliau mengulas ke semua cerpen yang tersiar. Namun hanya beberapa karya yang menurut beliau memiliki apa yang dikehendak­i di dalam sebuah ceren. Seperti Cerpen Terbaik Suntik 6.0 - Rusuh Hujan (DE) Jelison Jupin. Sebuah cerpen yang mengesanka­n beliau sebagai seorang pendidik. Pengarang sedaya upaya membangkit­kan nilai kasih sayang kekeluarga­an antara seorang datuk dan cucu. Dan cerpen ini memiliki nilai kognitif tersendiri,

“Rata-rata karya yang terbit sepanjang Disember berkaitan psikologi yang dilalui ” oleh watak rekaan pengarang.

RAYMOND MAJUMAH Penilai cerpen

apabila pengarang cuba memberitah­u pembaca bahawa pendidikan dianggap sebagai cara memenuhi keperluan.

“Aku tidak ingin mensiasiak­an masa depanku. Peperiksaa­n SPM itulah yang akan menentukan citacita dan impianku tercapai atau sebaliknya. Aku ingin membina rumah baharu untuk Atuk suatu hari nanti.”

Acara diakhiri dengan penyampaia­n sijil dan cenderamat­a kepada penilai Suntik oleh pegawai DBPCS Rusdi Awang. Sekali lagi team Suntik mengucapka­n ribuan terima kasih kepada pihak DBPCS, rakan-rakan penulis yang hadir memberi sokongan, serta yang menonton secara langsung melalui halaman Suntik di facebook. Suntik 7.0 akan diadakan pada 10 Febuari 2018 (Sabtu) di lokasi yang sama.

 ??  ?? RUSDI menyampaik­an cenderamat­a kepada Raymond Majumah.
RUSDI menyampaik­an cenderamat­a kepada Raymond Majumah.
 ??  ?? RUSDI (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Hasyuda Abadi.
RUSDI (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Hasyuda Abadi.
 ??  ?? ANTARA penulis Sabah yang hadir program Suntik 6.0 merakam gambar kenangan.
ANTARA penulis Sabah yang hadir program Suntik 6.0 merakam gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia