Utusan Borneo (Sabah)

Ahli Perwila sertai Pertemuan Dunia Melayu XII

-

TIGA ahli Perwila iaitu Haji Othman Mahali yang juga Ketua 1, Haji Suili Bakar salah seorang ahli jawatankua­sa, seorang penulis dan pemuisi serta Tawil Baddu, pemeriksa kira-kira berjaya mengikuti rombongan Gapena dalam program Pertemuan Dunia Melayu bermula pada 24 hingga 28 November 2017 di Kota Bangkok, Thailand. Pertemuan itu dianjurkan oleh Gapena, DBP, Dunia Melayu , Dunia Islam Thailand, The Foundation of Islamic Centre of Thailand (FICT) dan Kasem Bundit Universiti Bangkok.

Turut menyokong Yayasan Warisan negara Malaysia, ASTERAWANI Brunei Darussalam, Angkatan Sasterawan ’50 (ASAS ’50) Singapura dan Majlis Adat Budaya Melayu Indonesia (MABMI) Medan. Pertemuan dilangsung­kan di Hotel AUNCHALEEN­A, Bangkok. Di hotel ini juga dilangsung­kan upacara perasmian oleh Tan Sri Dato Seri Utama Dr Rais Yatim, Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Malaysia. Tujuan PDM antaranya adalah menghimpun­kan sarjana, cendekiawa­n dan masyarakat Melayu di seluruh dunia. Merumuskan resolusi untuk mengakrabk­an dan mengaktifk­an bangsa Melayu di seluruh dunia. Tema pertemuan adalah “Bahasa Melayu Bahasa Asean.”

Peserta dari Malaysia diketuai oleh Datuk Zainal Abidin Borhan yang juga Ketua 1 Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA). Semua peserta Malaysia ditempatka­n di Hotel Chaleena Bangkok.

Perjalanan kami bertiga bermula pada 23 November dengan penerbanga­n Air Asia dan bermalam di Kuala Lumpur sebelum terbang ke Bangkok. Ketika berbaris di ruang imigresen keadaan agak sesak dengan orang ramai dan pelancong untuk mendapatka­n cop imigresen sebelum keluar. Semasa menunggu, pegawai bertugas yang datang mengambil kami tetapi mengambil masa yang panjang kerana orang yang menunggu sepatutnya menayangka­n kertas pelekat bertulis GAPENA tidak berbuat demikian. Nasib baik ketika rombongan dari Pulau Pinang tiba pada waktu yang sama ikut mengambil kesempatan menunggu wakil Gapena.

Sewaktu menaiki teksi, kami menghadapi masalah kerana pemandu tersebut tidak memahami bahasa Melayu atau Inggeris. Tetapi akhirnya kami sampai juga ke hotel yang dimaksudka­n tetapi terpaksa melalui 3 tol yang terpaksa kami bayar. Kami bertiga ditempatka­n di dalam sebuah bilik yang agak selesa di hotel berkenaan.

Sepanjang program sebanyak 3 sesi perbincang­an diadakan. Sesi forum pembelajar­an Bahasa Melayu Bahasa Asean dibicaraka­n oleh Dr Subari Sukaini (ASAS ’50) Singapura, Puan Aminah Awang Besar dari DBP Malaysia dan Prof Dr Rattiya Salleh dari University Thaksin, Songla, Thailand. Sesi dipengerus­ikan oleh Haji Suhaimi Ismail, Kolej Teknologi Yala.

Pada malam itu, majlis diteruskan dengan Ucaptama oleh Tan Seri Dato Seri Dr Rais Yatim penasihat sosio budaya kerajaan Malaysia. Beliau seterusnya merasmikan PDM dan jamuan makan malam yang diadakan di hotel yang sama.

Pada 26 Disember, peserta PDM dibawa ke Kampung Melayu Pathum Thani. Rombongan yang lebih 100 orang itu tiba dan disambut dengan meriah oleh pemimpin Masjid Nurul Yakin dan penduduk kampung yang terdiri daripada pelbagai peringkat sebelum masuk waktu Zohor. Mereka menggunaka­n Bahasa Melayu dengan baik. Para tetamu dijamu dengan juadah makan tengah hari yang menyelerak­an. Sebelum itu, tetamu dihiburkan dengan persembaha­n nasyid oleh murid-murid sekolah agama.

Perjalanan ke Ayuthia agak jauh dari Hotel Chaleen seawal jam 8 pagi. Seperti biasa dua buah bas pelancong membawa peserta dari Malaysia, Singapura, Brunei DS dan Indonesia. Turut sama dalam bas kami ialah Apierat (Ramli) Semail sebagai jurupandu. Beliau pesara kerajaan yang pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah dan Kementeria­n Dalam Negeri .

Rombongan tiba di Ayuthia kira-kira pukul 10 pagi setelah dua jam dalam perjalanan dalam keadaan jalanraya yang agak sibuk. Di sini kami dibawa melawat sebuah muzium lama yang cukup menarik. Di sekeliling kawasan muzium ini terdapat bekas bangunan istana yang diperbuat daripada batu bata. Istana ini musnah apabila diserang oleh tentera Burma hingga Raja Siam melarikan diri.

Selepas melawat kawasan muzium dan sekitarnya, kami bertolak ke kawasan pasar dan pusat membeli belah. Harga barangbara­ng pakaian agak murah berbanding di Bandar. Di sini masing-masing mengambil kesempatan berbelanja membeli pakaian dan buah tangan untuk dibawa pulang. Lawatan terakhir adalah ke Kompleks Pusat Agama Islam Thailand di Kota Bangkok. Difahamkan tapak dan kompleks pusat Islam ini disumbangk­an oleh seorang dermawan Islam di Bangkok. Bangunanny­a agak besar dan bertingkat. Di aras bawah adalah dewan umum yang boleh menampung dua ribu orang.

28hb (Selasa) Pertemuan Dunia Melayu 2017 Berakhir

Pagi Ini rombongan dibawa melawat ke Universiti Kasem Bundit Bangkok – pusat pengajian tinggi swasta yang bahasa pengantarn­ya Bahasa Melayu. Kompleks bangunan universiti ini lengkap dengan pelbagai kemudahan mengikut jurusan atau bidang ilmu yang ditawarkan termasuk akademik Bahasa Melayu, juruterban­g, sukan dan lain-lain.

Pada akhir kunjungan ke universiti ini, rombongan dijamu dengan jamuan makan tengah hari. Selesai lawatan ke universiti berkenaan, kami bertiga dari Labuan dan beberapa rakan lain dihantar ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Dong Moang.

Selamat tinggal Kota Bangkok. Sesungguhn­ya program PDM membawa banyak kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Terima kasih kepada penganjur terutama GAPENA yang mengendali­kan program ini dengan cukup teratur.

Semoga PDM akan diadakan lagi demi mengembang­kan dan mendaulatk­an Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asean yang menjadi tema pertemuan. Jutaan terima kasih kepada tuan rumah terutama Encik Appeirit (Ramli) Semail dan Encik Fadel @ Hayeeharas­ah.

 ??  ?? OTHMAN Mahali ( dua kiri), Haji Suili (dua kanan) dan Tawil (kanan) bersama Haji Husin Setiausaha Asterawani.
OTHMAN Mahali ( dua kiri), Haji Suili (dua kanan) dan Tawil (kanan) bersama Haji Husin Setiausaha Asterawani.
 ??  ?? OTHMAN Mahali (duduk kanan) bersama delegasi PDM mengabadik­an kenangan di hadapan Kompleks Pusat Islam Bangkok.
OTHMAN Mahali (duduk kanan) bersama delegasi PDM mengabadik­an kenangan di hadapan Kompleks Pusat Islam Bangkok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia