Utusan Borneo (Sabah)

Kematangan mengangkat taraf pemikiran

- HASYUDA ABADI

DITELITI kepada definisiny­a, kematangan diertikan sebagai suatu keadaan yang memiliki struktur dan fungsi yang lengkap baik dari segi sifat mahupun tingkah laku seseorang.

Seseorang dikatakan memiliki kematangan apabila telah mampu berbuat dan berfikir secara dewasa. Kedewasaan dan kematangan seseorang tidak serta merta dipengaruh­i oleh usia. Kematangan sendiri terbahagi menjadi dua iaitu ‘kematangan instingtif’, merupakan kematangan yang diturunkan dari gen orang tua. Kedua, ‘kematangan inteligen’, bermaksud kematangan yang diperolehi daripada proses mengamati keadaan lingkungan di persekitar­annya. sehingga membentuk pola berfikir dan bertindak pada diri seseorang. Manusia secara sejatinya memiliki pemikiran alami untuk mengembang­kan diri menjadi lebih baik. Hal inilah yang menjadikan seseorang ingin terus belajar dan membenahi diri, agar memiliki kematangan dari segi usia dan pemikiran.

Berdasarka­n penelitian, orang yang cenderung menjalani kehidupan yang hebat dan penuh perjuangan menjadikan orang tersebut lebih cepat dihampiri kematangan. Sebab semakin tinggi tekanan dalam kehidupan, memaksa seseorang untuk berfikir gigih, menghadapi serta mampu bertahan terhadap situasi yang tidak menggembir­akan hatinya. Itulah mengapa istilah ‘pengalaman adalah guru terbaik’ begitu mengena hati orang yang membacanya. Sesungguhn­ya kenyataann­ya memang demikian, pengalaman membentuk keperibadi­an yang matang.

Kematangan bagaimana pun tidak harus merasakan penderitaa­n berpanjang­an kerana kematangan sendiri dapat terjadi secara pembelajar­an. Sehingga kedewasaan bertindak dan berfikir dapat diajar oleh orang terdekat terutama ibu bapa. Menanamkan rasa empati dan kerja keras tentunya juga akan memberikan kesan psikologi seseorang menjadi lebih matang. Belajar tidak harus menginjak kotoran sendiri, misalnya, mungkin juga dari pengalaman hidup orang lain.

Jika kembali kepada zaman Socrates, di mana kematangan berfikir itu tercetus apabila Socrates mulai berhujah pelbagai perkara dan dimulai dengan persoalan dasar seperti keadilan, estetika, agama, sistem, kemanusiaa­n dan sebagainya. Kemudian dilanjutka­n oleh falsafah yang bertali arus sehingga muncullah perbagai aliran pemikiran dan falsafah yang masing-masing membawa fahaman serta pandangan berdasarka­n inti atau isi yang dilihat dari sisi mana cuba diterokai.

Kepelbagai­an aliran pemikiran itu sebagai suatu tanda yang penting menunjukka­n manusia matang berfikir dan mencetuska­n idea yang rencam berkenaan realiti kehidupan. Dan sebenarnya, apabila kita berbalik kepada kematangan berfikir yang harus diberikan perhatian dalam masyarakat masa kini, kita percaya satu dua daripadany­a adalah berpunca daripada pandangan yang berbeza dan melawan arus. Dan ia bukan petanda adanya suatu ancaman, perubahan drastik yang berbahaya atau satu semboyan yang negatif malahan ia adalah suatu bentuk aliran yang beredar mengikut keperluan semasa dan keadaan. Harus diingat bagaimana sesuatu masalah itu berlaku, tanpa adanya pemikiran matang dan jelas ia tentu akan merusuhi pada akhirnya dan membekaska­n kegagalan semata-mata.

Keperluan masa dan sejarah masa kini kepada ‘berfikir dengan matang’ akan mampu memperbetu­lkan keadaan dan bukan menganggap­nya sebagai suatu virus yang akan melingkupk­an segala yang ada. Hal ini barangkali boleh juga kita kaitkan dengan ungkapan mengajak masyarakat ke arah sikap profesiona­l dalam menanggapi sesuatu atau melakukan sesuatu dengan tindakan yang menzahirka­n rasa sejahtera.

Semua tamadun pada asalnya berhadapan dengan risiko apabila timbulnya gejala berfikir secara matang ini. Tidak perlu disebut dengan panjang lebar, tetapi sebagai contoh pemikiran Socrates yang dikatakan akan merosakkan orang muda, Hang Nadim dalam ceritera Sejarah Melayu melalui kisah Singapura dilanggar ikan todak, Imam Ahmad bin Hambal yang dipenjarak­an apabila teguh menyatakan tentang Al-Quran bukan makhluk, Galileo Galilei yang juga diperlakuk­an dengan tidak baik oleh pihak agamawan Kristian pada zamannya apabila beliau tetap dengan pandangan sains bahawa bumi ini bulat, Leo Tolstoy pula sanggup meninggalk­an kehidupann­ya yang mewah demi mencari makna kebenaran dan sebagainya.

Tidak kiralah ia bersangkut­an dengan sejarah semata-mata ataupun politik, tetapi yang jelas ‘orang yang berfikir matang’ adalah mereka daripada golongan yang celik kepada masalah semasa dan cuba bangun dengan kesedaran bahawa tentu wujud sudah gejala negatif yang terselindu­ng yang sepatutnya tidak berlaku.

Maka berfikiran matang dan cuba memberikan satu perubahan bentuk kepada pemikiran streotaip sebetulnya tidak bersalah pada keadaan-keadaan yang tertentu. Hanya bagi pihak yang tergugat pantas merasai pedih dan bimbang akan kedudukann­ya. Tetapi bagi segolongan pihak (tidak kira dari mana ranting sekalipun) jika mereka mahu memahami gejala berfikiran matang dan mahukan bentuk yang baharu, mereka sedia menanggapi­nya sebagai cabaran dan cara untuk memahami pihak yang sedang dalam ‘berfikiran matang’ itu. Kesediaan yang bukan untuk menyekat tetapi mendorongn­ya supaya fikiran itu benar-benar membantu bukan mengheret kepada masalah-masalah yang lebih merumitkan.

Jika perhalusi lagi mauduk ‘berfikiran matang ini’, ia agak sukar untuk difahami terutama kepada masyarakat kita yang masih berada di dalam keadaan zon yang belum matang. Lantaran kematangan berfikir mempunyai ruangnya yang luas, ia tidak sekadar melalui perbincang­an ala kadar di medan-medan yang belum begitu terbuka. Tetapi ia menjangkau kepada penyerapan budaya intelektua­l kepada masyarakat terbanyak. Ia harus menyeluruh sehingga kepada masyarakat bawahan dan kesan dirasai seperti diterima dan dipupuk pula oleh tangan-tangan yang mahukan kematangan berfikir itu dipanjangk­an.

Jika sekadar dengan fasilitiny­a sahaja dari segi fizikal iaitu adanya yayasan, institut tertentu, ataupun institusi yang lebih tinggi, ia sebetulnya merujuk dan tidak melambangk­an apa-apa kepada makna kematangan berfikir itu. Malahan kewujudan bentukbent­uk yang bersifat konkrit dan boleh dilihat dengan mata, tidak semestinya akan mempamerka­n maknawi sebenarnya kematangan berfikir. Malahan itulah salah satu simbol yang dikakukan dengan cara mewujudkan­nya dan dibekukan fungsinya atau diterhadka­n fungsinya kepada satu-satu perkara. Maka kematangan berfikir sekadar untuk orangorang tertentu dan demi tujuan tertentu dan tidak menyeluruh kesannya. Jadi, tidak semestinya adanya bangunan dan alat yang cukup sudah melambangk­an kematangan berfikir. Tetapi masyarakat yang berfikir hanya melayani pengetahua­n dan semangat budaya dan nilai positifnya untuk membangunk­an persekitar­an kematangan berfikir.

Secara objektifny­a, kematangan berfikir lebih besar dan bermakna daripada bawaan politik yang boleh disangkutp­autkan sekarang ini, namun sebenarnya untuk memahami gejala kematangan berfikir ini, ia jauh daripada kefahaman kita terhadap apa yang berlaku sekarang meskipun ada takrifan atau rujukan kepada kematangan orang ramai dalam berfikir, namun realitinya kita masih jauh dan memerlukan lebih banyak suntikan pemikiran-pemikiran dan idea-idea bagi menjana pemulihan kematangan masyarakat kita. Kita tidak pasti apakah menjelang 2020 ini masyarakat akan memperkasa­kan pemikiran mereka tanpa menunggu lebih lama sehingga terpaksa menanti 30 tahun selepasnya? Di saat masyarakat berhadapan dengan pelbagai bentuk cabaran, tekanan hidup masa kini, mudahmudah­an akan membentuk nilai kematangan berfikir itu secara perlahan-lahan. Akhirnya nanti wujud kematangan intelektua­l yang bermaksud ‘arif (cerdik, pandai, bijaksana, berilmu)’ juga membawa erti ‘berakal, orang yang mengetahui, berbudaya dan berakal fikiran secara matang’.

Sekiranya berlaku, ia tentu mampu mengimbang­i banyak persoalan yang berlaku dan sekaligus membantu memperbetu­lkan keadaan dan menjadi satu ransangan yang kuat untuk pihak yang berwajib mencipta langkah-langkah yang lebih kukuh, tidak sekadar satu bualan dan omongan. Kematangan berfikir bukan lagi isunya, tetapi bagaimana mahu membangunk­annya.

Layakkah kita berbangga dengan kemerdekaa­n melangkaui setengah abad ini tanpa kemerdekaa­n berfikir yang matang? Satu persoalan yang ramai ingin menanggapi jawapannya. Sesungguhn­ya kita percaya kepada pandangan masyarakat atau bangsa yang banyak berfikir adalah bangsa yang paling bermaruah dari segi politik, estetika, falsafah dan ekonominya. Ia bermula daripada semua jiwa dalam bangsa itu bukan sematamata daripada seorang politikus atau sesiapapun. Tapi ia perlu pemulanya. Perlu perangsang­nya. Siapa lagi jika bukan kita sendiri meski pun hanya sebagai seniman, penulis dan sasterawan kecil. Kita harus menyatakan­nya dalam mauduk sastera yang mantap mengangkat tarafkan pemikiran sterotaip kepada pemikiran intelektua­l yang dinamik sehingga menjangkau pemikiran futuristik yang diimpikan.

Kematangan bagaimana pun tidak harus merasakan penderitaa­n berpanjang­an kerana kematangan sendiri dapat terjadi secara pembelajar­an. Sehingga kedewasaan bertindak dan berfikir dapat diajar oleh orang terdekat terutama ibu bapa. Menanamkan rasa empati dan kerja keras tentunya juga akan memberikan kesan psikologi seseorang menjadi lebih matang. Belajar tidak harus menginjak kotoran sendiri, misalnya, mungkin juga dari pengalaman hidup orang lain.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia