Utusan Borneo (Sabah)

Saham Uzma meningkat selepas memperoleh dua kontrak payung

-

KUALA LUMPUR: Saham Uzma Bhd meningkat pada sesi dagangan pagi pada Jumaat susulan kejayaan syarikat itu memperoleh kontrak payung kedua daripada Petronas Carigali Sdn Bhd.

Pada jam 11.52 pagi, saham Uzma naik dua sen kepada RM1.52 dengan 839,100 saham bertukar tangan.

Uzma dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam berkata ia memperoleh kontrak payung daripada Petronas Carigali untuk menyediaka­n unit kerja idraulik 340K dan 460K (HWU) selama tiga tahun mulai 22 Dis tahun lepas hingga 21 Dis, 2020, dengan opsyen lanjutan setahun.

Kenanga Investment Bank dalam nota kajiannya semalam berkata, peemeroleh­an kontrak itu positif kepada Uzma kerana ia membantu meningkatk­an penggunaan keseluruha­n HWU syarikat itu.

Ia berkata tiga daripada sembilan HWU Uzma digunakan untuk kontrak di Thailand dan sebuah lagi di Malaysia.

Public Investment Bank dalam nota berasingan berkata kontrak baharu itu, walaupun bergantung kepada arahan kerja dari semasa ke semasa, menepati unjuran penambahan projek Uzma.

Ia berkata unjuran Uzma itu disokong oleh nilai perolehan dalam tangan kira-kira RM2.6 bilion dan tender sekitar RM2 bilion yang akan bertahan sehingga 2019.

“Kontrak baharu yang diterima oleh Uzma ini mengesahka­n jangkaan kami bahawa sektor minyak dan gas kini pulih secara beransur-ansur setelah melalui tempoh penyesuaia­n yang sukar,” katanya.

Ia berkata memandangk­an harga minyak terus meningkat, syarikat utama minyak akan memulakan perbelanja­an modal yang besar yang akan memanfaatk­an semua penggiat utama, termasuk Uzma. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia