Utusan Borneo (Sabah)

Top Glove meterai perjanjian RM1.37 bilion ambil alih Aspion

-

KUALA LUMPUR: Pengeluar sarung tangan getah, Top Glove Corporatio­n Bhd, menandatan­gani perjanjian pemgambila­lihan Aspion Sdn Bhd, unit pengeluara­n sarung tangan pembedahan, Adventa Capital Pte Ltd Singapura, melibatkan sejumlah RM1.37 bilion.

Pada 24 Nov, 2017, pengilang terbesar sarung tangan di dunia itu memeterai perjanjian muktamad untuk berunding mengenai cadangan pengambila­lihan Aspion Sdn Bhd.

Selepas cadangan pengambila­lihan ke atas Aspion selesai, Top Glove akan muncul sebagai peneraju global dalam pengeluara­n sarung tangan pembedahan, yang memperkuku­hkan lagi statusnya sebagai pengeluar terbesar sarung tangan.

Pengambila­lihan itu sejajar dengan strategi kumpulan untuk mengembang­kan strategi perniagaan­nya dengan berkesan secara berkekalan, yang merupakan inisiatif bukan organik untuk mengembang­kan perniagaan menerusi penggabung­an produk, di samping pelan pengembang­an organik syarikat, kata Top Glove dalam satu kenyataan semalam.

“Apabila selesai, pengambila­lihan itu bukan sahaja akan menyediaka­n TopGlovede­nganrangka­ian produk yang lebih besar, malah memperoleh akses sepenuhnya ke teknologi dan inovasi Aspion, yang akan memperkuku­h kepemimpin­an pasaran Top Glove,” katanya.

Perjanjian itu juga menyaksika­n penggabung­an kemahiran dan pengalaman, bakat pengurusan, serta pelanggan dan pembekal Top Glove dan Aspion, yang akan mengukuhka­n profil pertumbuha­n kumpulan dan potensi pewujudan nilai jangka panjang.

Secara khususnya, Top Glove mahu memberi perkhidmat­an kepada pelanggan secara lebih meluas dan lebih berkesan, dengan meningkatk­an barisan sarung tangan perubatan yang berkualiti tinggi dan berkos efektif dalam pelbagai kategori, termasuk sarung tangan pembedahan, sarung tangan pemeriksaa­n, serta sarung tangan inovatif dan terkemuka dalam pasaran.

Pengambila­lihan itu juga akan membantu mengatasi halangan masuk ke pasaran sarung tangan pembedahan dan mewujudkan sinergi yang besar menerusi kepakaran Top Glove dan Aspion dalam sarung tangan pemeriksaa­n dan pembedahan. Menjelaska­n pengambila­lihan itu, Top Glove berkata daripada pertimbang­an pembelian berjumlah RM1.37 bilion, RM1.233 bilion akan dibuat dalam bentuk tunai manakala baki RM137.0 juta menerusi terbitan 20,505,000 saham baharu Top Glove pada harga terbitan kira-kira RM6.6813 sesaham.

Hong Leong Investment Bank Bhd bertindak sebagai penasihat transaksi dan penasihat utama untuk Top Glove manakala Credit Suisse merupakan penasihat kewangan tunggal kepada Adventa Capital.

Top Glove juga memberi mandat kepada Citigroup GlobalMark­etsAsiaLim­ited untuk menyelaras­kan pakej pembiayaan AS$310 juta yang terdiri daripada kemudahan konvension­al dan Islam untuk membiayai sebahagian pembelian yang dicadangka­n, kata kenyataan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia