Utusan Borneo (Sabah)

Rundingan fasa kedua penurunan kuasa berjalan lancar

-

KUCHING: Rundingan mengenai penurunan kuasa antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutua­n yang kini memasuki fasa kedua berjalan lancar.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata fasa kedua rundingan lebih menjurus kepada soal pentadbira­n seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Seperti yang anda tahu, kita mempunyai pendekatan sendiri untuk menangani isu MA63 dan kita berterima kasih kepada Perdana Menteri atas respons beliau dan bersikap terbuka.

“Apabila kita dalam persekutua­n, tidak bermakna kita tidak boleh membangkit­kan isu tertentu.

“Sarawak akan bersama Malaysia selamanya dan apa yang kita mahu adalah untuk mengembali­kan semula kuasa kita yang telah terhakis dalam MA63,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) Negeri di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini pada Jumaat.

Abang Johari berkata, bagi melancarka­n proses rundingan penurunan kuasa antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutua­n, satu jawatankua­sa khas dan jawatankua­sa teknikal ditubuhkan.

Jawatankua­sa khas dianggotai oleh ketiga-tiga Timbalan Ketua Menteri iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Tan Sri Datuk Amar James Masing dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Manakala, jawatankua­sa teknikal akan diketuai Peguam Negeri yang akan membincang­kan isu-isu atau perkara lebih rumit berhubung MA63.

Bercakap mengenai mesyuarat tersebut katanya, ia antara lain membincang­kan mengenai beberapa isu serta perancanga­n masa depan negeri.

“BN Sarawak bekerja sebagai sebuah pasukan yang kuat antara kami dan tugas kami adalah untuk menyampaik­an jangkaan rakyat daripada kami.

“Kami mempunyai strategi apa yang kami mahu lakukan dalam kes Sarawak sendiri dan kami mempunyai tugas untuk mencapai objektif 2020,” katanya yang juga Pengerusi BN Negeri.

Turut hadir pada mesyuarat serta sidang media semalam ialah ketua-ketua parti komponen BN iaitu Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian, Presiden Parti Demokratik Progresif Datuk Seri Tiong King Sing dan Masing selaku Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) serta pemimpin tertinggi BN negeri yang lain.

 ??  ?? ABANG Johari (tengah) bercakap pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN Negeri di Ibu Pejabat PBB di Kuching.
ABANG Johari (tengah) bercakap pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN Negeri di Ibu Pejabat PBB di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia