Utusan Borneo (Sabah)

Enggan diusir, peniaga sanggup bayar kompaun

-

MIRI: Peniaga buah durian, rambutan dan dabai tidak berganjak dihalau dan sanggup membayar kompaun walaupun diberi amaran berkali-kali oleh penguat kuasa Majlis Bandaraya Miri (MBM).

MBM dalam kenyataan media pada Jumaat berkata, kebanyakan peniaga tanpa lesen itu menerima lebih daripada dua atau tiga notis kompaun kerana berniaga di lokasi tidak dibenarkan.

Semasa operasi bersama Jabatan Imigresen di Tamu Muhibbah pada Rabu lalu, warga asing didapati mengambil peluang berniaga di kebanyakan­nya di lot parkir dan tepi jalan.

Kehadiran peniaga haram ini khasnya pada musim buah sekarang menyebabka­n masalah kesesakan di kawasan perniagaan popular itu.

Selain mendatangk­an kesesakan, kehadiran peniaga bermusim ini mengakibat­kan masalah kebersihan oleh sisa-sisa buah yang dibuang tempat awam.

Seramai empat peniaga asing ditahan oleh penguat kuasa Imigresen dan 13 kompaun dikeluarka­n.

MBM merampas buah milik tiga peniaga kerana melarikan diri ketika operasi dilaksanak­an.

Jumlah buah yang direkod boleh dituntut dari pihak penguat kuasa MBM dalam tempoh 24 jam kerana mudah rosak.

Untuk jenis barangan rampasan tahan lama, tempoh dua minggu diberikan kepada pemilik untuk menuntut balik barangan mereka.

Sehingga kini, pihak berkuasa hanya menerima satu tuntutan dari peniaga yang perlu menjelaska­n bayaran kompaun dan rampasan.

Buah-buahan tidak dituntut akan dibuang di tapak perlupusan sampah MBM yang sebelum itu direkod dan diambil gambar untuk laporan.

Proses pelupusan dilakukan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).

 ??  ?? PEMERIKSAA­N peniaga-peniaga buah di Tamu Muhibbah bersama pihak imigresen pada Rabu lalu.
PEMERIKSAA­N peniaga-peniaga buah di Tamu Muhibbah bersama pihak imigresen pada Rabu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia