Utusan Borneo (Sabah)

Empiang dan Fadillah berundur

-

KUCHING: Tan Sri Empiang Jabu dan Datuk Seri Fadillah Yusof pada Jumaat menyatakan hasrat mengundur diri daripada jawatan Ketua Wanita dan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Presiden PBB yang juga Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, bagi menggantik­an dua jawatan itu, kali ini Ketua Wanita akan disandang sayap Bumiputera, sementara Ketua Pemuda disandang sayap Pesaka.

“Ini sudah jelas secara konsensus dan persefaham­an antara kita. Selain itu, turut menjadi kesepakata­n ialah kita ingin memaklumka­n jawatan Ketua Wanita dan Ketua Pemuda ini tidak akan dipertandi­ngkan pada Perhimpuna­n Agung Tritahunan PBB nanti,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Majlis Tertinggi PBB yang dihadiri dua pemangku Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta ahli Majlis Tertinggi PBB lain di Ibu Pejabat PBB di sini, pada Jumaat.

Abang Johari berkata, sudah menjadi tradisi dan budaya dalam PBB untuk memberi peluang memimpin kepada generasi muda yang telah dilatih.

“Dengan ini, parti ingin menyampaik­an penghargaa­n dan terima kasih kepada Tan Sri Empiang sepanjang beliau menerajui sayap wanita.

“Beliau telah menyumbang banyak kepada pembanguna­n PBB khasnya sayap Wanita dan menjadi contoh yang amat baik kepada ahli Wanita. Beliau telah mengumumka­n untuk berundur,” katanya.

Abang Johari berkata, parti turut menyampaik­an penghargaa­n dan terima kasih kepada Fadillah yang menjawat jawatan Ketua Pemuda sejak 2007.

“Kita juga amat menghargai sumbangan Datuk Seri Fadillah yang menjadi Ketua Pemuda dan kini menyerahka­nnya kepada yang lebih muda,” katanya.

Mengulas mengenai kekosongan dua jawatan berkenaan, Abang Johari berkata kepimpinan parti sudah mempunyai pengganti.

“Kita sudah ada (dalam fikiran), namun kita tidak dapat mengumumka­n awal memandangk­an ia perlu disahkan semasa perhimpuna­n nanti. Itu yang akan menentukan,” tegasnya.

Empiang yang ditemui pemberita selepas mesyuarat berkata, beliau amat berbesar hati dan gembira melepaskan jawatan itu kerana yakin penggantin­ya dapat menjalanka­n tanggungja­wab dengan baik.

Menggalas jawatan Ketua Wanita selama 10 tahun sejak 2007, Empiang berkata beliau menyaksika­n sayap Wanita parti banyak berkembang dan mampu lebih maju pada masa akan datang.

“Saya berasa gembira untuk mengundur diri kerana saya berpuas hati dapat menyumbang sehingga membawa parti hingga ke peringkat ini.

“Saya melihat banyak perkembang­an bagi sayap Wanita yang juga mampu mengambil alih dengan lancar daripada saya dan ramai di kalangan mereka sangat berkelayak­an,” katanya yang pernah menjadi Timbalan Ketua Wanita sejak 1984.

Sementara itu, Fadillah ketika ditemui berkata beliau berterima kasih kepada semua barisan kepimpinan Majlis Kerja Tertinggi serta sayap Pemuda kerana memberi kepercayaa­n kepadanya menerajui Pemuda.

“Sebagai adat resam dan budaya dalam PBB, kini kita ada ruang dan peluang kepada yang muda untuk mengambil alih dan saya telah berkhidmat kepada Pemuda juga atas sokongan baik daripada sayap Pemuda.

“Namun apa yang penting ialah kekalkan semangat bersatu kerana dengan semangat persaudara­an serta setia kawan dalam PBB, parti dapat memenangi pilihan raya dengan besar.

“Saya juga yakin sayap Pemuda yang dilantik nanti akan meneruskan perjuangan ini,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai pertanding­an untuk jawatan tertinggi lain dalam PBB pada perhimpuna­n nanti.

Beliau pada masa ini merupakan Naib Presiden atas kapasiti sebagai Ketua Pemuda.

Ekoran itu, umum menjangka jawatan tersebut bakal disandang Gerald Rentap Jabu, daripada sayap Pesaka, yang kini merupakan Timbalan Ketua pergerakan itu.

Sementara itu, khabar angin turut menyebut Timbalan Ketua Wanita PBB Dato Sri Fatimah Abdullah daripada sayap Bumiputera bakal menggantik­an Empiang.

Fatimah ketika diminta mengulas berkata, ia bergantung kepada Ketua Menteri yang juga Presiden parti dan dalam PBB, budaya taat kepada ketua adalah utama.

“Sayap Wanita PBB menyerah kepada Ketua Menteri sebagai Presiden PBB dalam perkara ini,” katanya.

 ??  ?? FADILLAH dan Empiang.
FADILLAH dan Empiang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia