Utusan Borneo (Sabah)

Pendidikan kesihatan beri kesedaran

Langkah wanita merancang keluarga

- Oleh ALFRED PETRUS

PUTATAN: Projek Pendidikan Kesihatan mampu memberikan kesedaran kepada wanita dalam pengambila­n langkah perancang keluarga.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri MakananDat­ukSeriPang­lima Yahya Hussin berkata, projek seumpama itu adalah untuk memperkasa­kan kesihatan wanita melalui perancang keluarga.

“Seiring dengan pembanguna­n masa kini, kesihatan adalah isu yang amat penting dalam menjalani kehidupan kita seharian.

“Begitu juga wanita yang mana sebagai tunjang bagi sesebuah keIuarga.

“Oleh itu, adalah penting untuk mengambil perancang keluarga dalam menjarakka­n kehamilan kerana setiap kehamilan itu, seseorang wanita kemungkina­n akan mengalami beberapa faktor risiko yang boleh mengancam nyawa ibu dan janin dalam kandungan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarka­n Karnival dan Projek Pendidikan

“Penting untuk mengambil perancang keluarga dalam menjarakka­n kehamilan kerana setiap kehamilan itu, seseorang wanita kemungkina­n akan mengalami beberapa faktor risiko yang boleh mengancam nyawa ibu dan ” janin dalam kandungan DATUK SERI PANGLIMA YAHYA HUSSIN

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan

Kesihatan anjuran Pelatih Jururawat Kesihatan Awam Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu, di sini pada Sabtu.

Katanya, adalah penting untuk merancang keluarga bagi menjarakka­n kehamilan sekurang-kurangnya dua tahun bagi membolehka­n tubuh wanita pulih sepenuhnya.

“Selepas bersalin dan habis tempoh berpantang, walaupun kelihatan sihat dari segi Iuaran, namun bahagian dalaman mereka memerlukan masa untuk sembuh.

“Dengan mengamalka­n perancang keluarga, wanita akan mempunyai masa secukupnya untuk sembuh.

“Perbincang­an antara pasangan seharusnya dilakukan dan seelok-eloknya mencapai persefaham­am bersama,” jelasnya.

Turut hadir Pengerusi Projek Kesihatan Wenne Lasong dan Pengerusi Jawatankua­sa Keselamata­n dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kg. Tebongon Ag. Jaya Pg. Madasim.

 ??  ?? YAHYA (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Ag. Jaya (dua kanan) dan Wenne (dua kiri) selepas menyempurn­akan gimik pelancaran karnival.
YAHYA (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Ag. Jaya (dua kanan) dan Wenne (dua kiri) selepas menyempurn­akan gimik pelancaran karnival.
 ??  ?? YAHYA (dua kiri) melawat tapak pameran kesihatan yag terdapat pada karnival berkenaan.
YAHYA (dua kiri) melawat tapak pameran kesihatan yag terdapat pada karnival berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia