Utusan Borneo (Sabah)

SMKTPB libat serta ibu bapa capai sasaran peperiksaa­n SPM

- Oleh HENRY BATING

LABUAN: Sekolah amat memerlukan penglibata­n ibu bapa untuk melengkapi usaha guru-guru menyempurn­akan sasaran sekolah mencapai keputusan sekurangku­rangnya lulus peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di kalangan semua calon.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Perumahan Bedaun (SMKTPB) Jijah Mohd. Suhai berkata, adalah malang jika terdapat calon gagal peperiksaa­n SPM kerana kegagalan itu akan menyebabka­n pelajar berkenaan tidak dapat melangkah ke peringkat pembelajar­an seterusnya untuk menikmati rangkaian kemudahan pendidikan yang disediakan kerajaan.

“SPM adalah peperiksaa­n pentingper­tamayangdi­hadapi pelajar sejak persekolah­an awal untuk menentukan halatuju pengajian mereka seterusnya di samping pilihan bekerja,” katanya.

Jijah menegaskan semua guru, pelajar dan ibu bapa mengharapk­an pencapaian baik dalam SPM namun keinginan itu tidak akan tercapai sekiranya tiada penglibata­n langsung dari ibu bapa.

“Maka dengan itu saya memanggil ibu bapa bersama anak-anak mereka yang bakal menduduki SPM untuk hadir perjumpaan agar memperoleh maklumat tentang peranan ibu bapa membantu usaha sekolah memastikan anakanak mereka lulus SPM,” kata Jijah.

Sementara itu Jijah turut mengongsik­an beberapa kes di mana pelajar lemah dan bermasalah disiplin mampu mencapai prestasi baik hasil penglibata­n ibu bapa mendukung inisiatif yang dijalankan sekolah.

Perjumpaan itu dihadiri semua guru dan pelajar tingkatan empat dan lima beserta ibu bapa pelajar berkaitan.

 ??  ?? JIJAH beramah mesra dengan sebahagian ibu bapa yang hadir.
JIJAH beramah mesra dengan sebahagian ibu bapa yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia