Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan Krismas, Tahun Baharu 2018 3KR Hospital Ranau meriah

- Oleh SALMAN ABADI

RANAU: Majlis Sambutan Hari Krismas 2017 dan Tahun Baharu 2018 Peringkat Hospital Ranau anjuran Kristian Komuniti Kesihatan Ranau (3KR) diraikan dengan penuh kemeriahan di ruang legar hospital di sini, pada Jumaat.

Pengerusi 3KR merangkap pengerusi sambutan Dr Jason Hendrick Santhanasa­my bersyukur dan berterima kasih kepada semua Ahli Jawatankua­sa (AJK) sambutan perayaan itu atas kerjasama dan komitmen tinggi dalam menjayakan penganjura­n program itu.

Pengarah Hospital Daerah Ranau Dr Clarence D. Sirisani ketika merasmikan majlis itu merakamkan penghargaa­n atas usaha AJK 3KR yang telah bertungkus lumus menjayakan program tersebut.

Beliau mengalu-alukan kehadiran masyarakat setempat yang turut serta memeriahka­n majlis itu, termasukla­h warga kerja Hospital Ranau tanpa mengira agama dan bangsa.

“Sambutan Hari Krismas dan Tahun Baharu 2018 adalah antara acara rasmi bagi hospital ini sebagai satu tanda perpaduan yang bertujuan menyatupad­ukan masyarakat pelbagai kaum, bangsa dan agama.

“Perayaan ini adalah simbolik rasa hormat antara satu sama lain walaupun kita berbeza agama, keturunan dan bangsa,” kata Clarence.

Majlis itu turut diserikan dengan persembaha­n koir, bertukar-tukar hadiah dan acara ‘tetamu bertuah’, di samping acara memotong kek dan penyampaia­n cenderaken­angan kepada pekerja hospital yang akan menamatkan perkhidmat­an (bersara).

Turut dijemput sebagai tetamu utama bagi menyerikan majlis itu ialah Ketua Pemuda Upko Nasional merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) Ranau yang baru dilantik iaitu Arthur Sen.

 ??  ?? ACARA memotong kek simbolik perasmian sambutan Krismas 2017 dan Tahun Baharu 2018 anjuran 3KR Hospital Ranau.
ACARA memotong kek simbolik perasmian sambutan Krismas 2017 dan Tahun Baharu 2018 anjuran 3KR Hospital Ranau.
 ??  ?? ARTHUR Sen menyampaik­an cenderaken­angan kepada pekerja hospital yang akan bersara.
ARTHUR Sen menyampaik­an cenderaken­angan kepada pekerja hospital yang akan bersara.
 ??  ?? ARTHUR Sen menyampaik­an hadiah salah seorang tetamu bertuah.
ARTHUR Sen menyampaik­an hadiah salah seorang tetamu bertuah.
 ??  ?? DR Clarance (kanan) menyerahka­n cenderamat­a kepada Arthur Sen.
DR Clarance (kanan) menyerahka­n cenderamat­a kepada Arthur Sen.
 ??  ?? SEBAHAGIAN AJK 3KR kelihatan ceria mengendali­kan acara tetamu bertuah.
SEBAHAGIAN AJK 3KR kelihatan ceria mengendali­kan acara tetamu bertuah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia