Utusan Borneo (Sabah)

Wenger bersiap sedia cari pengganti Sanchez

-

LONDON: Pengurus Arsenal Arsene Wenger mengakui Alexis Sanchez mungkin akan meninggalk­an kelab pada bulan ini selagi dia dapat membawa masuk pengganti untuk bersiap sedia bagi kehidupan selepas ketiadaan pemain antarabang­sa Chile itu.

Manchester City dan Manchester United dilaporkan mahu menandatan­gani penyerang itu, yang akan tamat kontrak pada hujung kempen, dan dia sekarang mungkin akan bermain buat kali terakhir untuk The Gunners di Bournemout­h pada malam ini (Ahad).

Wenger telah dikaitkan dengan penyerang Brazil di Bordeaux, Malcom, dan Thomas Lemar dari Monaco sebagai pengganti untuk Sanchez.

Apabila ditanya oleh pemberita sama ada Sanchez akan kekal di Arsenal atau tidak jika pengganti tidak dibawa masuk, Wenger berkata: “Anda merumuskan­nya dengan sangat baik.”

“Alexis merupakan pemain bola sepak yang luar biasa, dia seorang pemain kelas dunia dan jika dia pergi, kita perlu mencari imbangan lain dalam pasukan,” ujarnya.

Pengurus Arsenal itu berkata: “Saya mengadakan banyak perbualan mengenainy­a dan kita bercakap mengenai hakikat bahawa orang sentiasa memerhati anda dengan mikroskop apabila anda mengikat kontrak jangka pendek, tetapi saya tidak pernah mempertika­ikan sikap profesiona­lnya apabila dia berada di atas padang bola sepak. Alexis mahu menang. Apabila dia menunjukka­n kehampaan, ia adalah kerana kami tidak menang.”

Wenger, yang melengkapk­an penggantun­gan tiga perlawanan di Bournemout­h, merasakan kunjungan ke pantai selatan itu amat penting apabila dia kembali ke liga selepas disingkirk­an dari Piala FA oleh Nottingham Forest pada Ahad lepas dan keputusan seri tanpa jaringan di Chelsea pada pusingan pertama separuh akhir Piala Liga pada Rabu lepas.

Arsenal menduduki tempat keenam dalam Liga Perdana Inggeris dan berjuang di medan itu dan dalam Liga Europa untuk tempat dalam Liga Juara-Juara (EPL) pada musim akan datang. Kelompok empat teratas dalam EPL layak bagi tempat dalam Liga JuaraJuara. -AFP

 ??  ?? WENGER
WENGER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia