Utusan Borneo (Sabah)

Mourinho akui merasa ‘kebencian’ terhadap Conte

-

MANCHESTER: Jose Mourinho kelmarin berkata dia merasa “kebencian” bagi pengurus Chelsea Antonio Conte selepas pergaduhan terbuka mereka yang toksik bertambah buruk.

Pengurus Manchester United (MU) itu berbalas hinaan dengan rakan sejawatann­ya di Chelsea itu sejak dua minggu lepas, dan perbalahan mereka kini semakin serius.

“Saya rasa apabila seseorang itu menghina orang lain, anda boleh menjangkak­an respons. Atau kita boleh menjangkak­an kebencian,” kata Mourinho kepada pemberita.

“Kali pertama dia menghina saya, saya ada respons, respons yang saya tahu menyentuh titik di mana dia benar-benar rasa sakit.

“Kemudian dia menghina saya bagi kali kedua tetapi sekarang saya berubah dan sekarang (saya rasa) kebencian. Dan bagi saya, kebencian bermakna penamat cerita.”

Permusuhan di antara keduadua lelaki bermula pada awal musim lepas, apabila Mourinho menuduh Conte memalukann­ya dengan skala kegembiraa­nnya apabila MU tewas 4-0 di Stamford Bridge pada Oktober 2016.

Sejak itu kedua-dua pengurus terus mengkritik satu sama lain, dan Ander Herrera dibuang dari padang sewaktu perlawanan suku akhir Piala FA yang hangat di London pada Mac tahun lepas, ketika Conte menuduh MU cuba mengekang Eden Hazard dengan mengasarin­ya berulang kali.

Conte turut mengkritik perbelanja­an MU, manakala Mourinho malah mengejek ketua jurulatih Chelsea itu kerana menanam rambut.

Bagaimanap­un komen mereka menjadi semakin tajam kebelakang­an ini, yang bermula apabila Mourinho membayangk­an Conte adalah seorang “badut” kerana kegembiraa­nnya yang dramatik di tepi padang apabila pasukannya menjaringk­an gol, walaupun dia kemudian mendakwa dia tidak merujuk secara khusus kepada pengurus dari Itali itu.

Conte kemudian menuduh pengurus MU itu sudah nyanyuk, dan Mourinho membalas dengan menyebut tentang penggantun­gan empat bulan ke atas pengurus Chelsea itu pada 2012 kerana gagal melaporkan kegiatan mengatur perlawanan ketika di Siena.

Conte, yang dibebaskan oleh mahkamah daripada sebarang salah laku pada 2016, menjawab dengan memanggil Mourinho seorang “lelaki kecil”. -AFP

 ??  ?? MOURINHO
MOURINHO
 ??  ?? CONTE
CONTE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia