Utusan Borneo (Sabah)

Transforma­si pendidikan tingkat taraf sosioekono­mi rakyat

Transforma­si pendidikan tingkat taraf sosioekono­mi rakyat

-

TENOM: Transforma­si kerajaan dalam bidang pendidikan terbukti berjaya meningkatk­an tahap sosioekono­mi rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Tenom Jamawi Jaafar berkata, kerajaan komited untuk membangunk­an bidang pendidikan berkualiti kerana melihat ia sebagai cara terbaik dalam membangunk­an rakyat negara ini tanpa mengira kaum.

Menurut beliau, komitmen kerajaan dalam bidang pendidikan terbukti dengan pembinaan prasarana pendidikan seperti sekolahsek­olah baharu, menyediaka­n peluang pendidikan percuma serta menambah kualiti pendidikan seiring dengan keperluan semasa.

“Usaha gigih kerajaan ini dapat dilihat melalui transforma­si pendidikan bukan sahaja meningkatk­an

“Usaha gigih kerajaan ini dapat dilihat melalui transforma­si pendidikan bukan sahaja meningkatk­an prasarana pendidikan tapi termasuk pelbagai bantuan yang disalurkan oleh kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan dengan harapan semua pihak berpeluang menikmati berkualiti.” pendidikan yang baik dan JAMAWI JAAFAR Ketua Pergerakan Pemuda Umno Tenom

prasarana pendidikan tapi termasuk pelbagai bantuan yang disalurkan oleh kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan dengan harapan semua pihak berpeluang menikmati pendidikan yang baik dan berkualiti tidak kira di kawasan bandar dan luar bandar,” katanya ketika ditemui selepas majlis ‘Gembira Ke Sekolah’ di Dewan Masyarakat Datuk Seri Panglima Antanom, di sini pada Sabtu.

Majlis itu dirasmikan oleh Ketua Umno Bahagian Tenom Datuk Rubin Balang yang turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi dan Setiusaha Kelab Putera 1Malaysia Datuk Mohd Yadzan.

Seramai seribu pelajar sekolah menerima bantuan berupa pakaian sekolah, kasut dan beg sekolah sumbangan Kelab Putera 1Malaysia.

Dalam pada itu Jamawi yang juga Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno mengajak rakyat khususnya di daerah itu agar terus mengutamak­an dan mementingk­an pendidikan demi membuka peluang dan masa depan yang cerah.

Katanya, ilmu adalah kuasa dan merupakan senjata paling ampuh untuk menjadi negara, masyarakat dan keluarga lebih maju.

“Rebutlah segala peluang dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dalam bidang pendidikan dan ibubapa perlu terus menjadi pendorong ke atas kejayaan anak-anak mereka tanpa bergantung sepenuhnya kepada pihak sekolah dan guru guru,” katanya.

Tambah Jamawi, apabila anak-anak dilengkapi ilmu dan pendidikan yang baik, mereka akan lebih bersedia dan mempunyai pengetahua­n untuk menentukan hala tuju negara masyarakat dan keluarga.

 ??  ??
 ??  ?? JAMAWI (lima kanan) bersama Mohd Yazid dan kakitangan dari Kelab Putera 1Malaysia menunjukan isyarat terbaik atas kejayaan program itu.
JAMAWI (lima kanan) bersama Mohd Yazid dan kakitangan dari Kelab Putera 1Malaysia menunjukan isyarat terbaik atas kejayaan program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia