Utusan Borneo (Sabah)

Azizah sangkal dakwaan Rais berkenaan isu Tun Mahathir

Mendakwa pemimpin Umno terlalu sibuk dengan isu Tun M

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

BEAUFORT : Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Azizah Mohd Dun menyangkal dakwaan Tan Sri Rais Yatim yang mendakwa pemimpin Umno ketika ini terlalu sibuk dengan isu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya kata Azizah, Umno pada masa sama turut melakukan kerja mendekati rakyat dengan pelbagai program ‘turun padang’ bagi mendengar keluhan rakyat sekaligus menyelesai­kan sebarang masalah akar umbi.

“Pembangkan­g asyik menghentam pemimpin Umno dengan pelbagai dakwaan, jadi takkan kita terus berdiam sahaja. Itulah kita (Umno) turut mempertaha­nkan pemimpin kita dengan memberi penjelasan kepada rakyat agar mereka boleh menilainya.

“Kalau kata Umno asyik sibuk dengan isu Tun M, saya kurang setuju kerana kita (Umno dan Barisan Nasional (BN) ) sentiasa turun padang mendekati rakyat sejak sekian lama berbanding pembangkan­g yang hanya turun mengikut musim,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan Program Badudun (Ziarah) di Kampung Takuli, Beaufort.

Azizah yang juga Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita Keluarga Dan Masyarakat menyatakan demikian kepada pemberita bagi mengulas kenyataan bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Rais Yatim melalui akaun Twitternya yang mempertika­i segelintir pemimpin Umno yang ketika ini sibuk dengan isu Tun M.

Rais melalui kenyataan y adi akaun Twitter miliknya mempersoal­kan segelintir pemimpin Umno sibuk dengan Tun M yang mahu menjadi pemimpin di dalam Pakatan Harapan (PH).

Beliau (Rais) turut menyaranka­n kepada Umno untuk lebih fokus dengan isu-isu kehidupan rakyat berbanding isu politik.

Dalam perkembang­an lain, Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufort memberitah­u, Program Badudun yang dilaksanak­an di Kampung Takuli merupakan kali ke enam yang dilaksanak­an Pejabat Khidmat Ahli Parlimen (PKAP) Beaufort.

Azizah memberitah­u, dalam program tersebut beliau turut melibatkan beberapa agensi kerajaan bagi memastikan segala permasalah­an yang dihadapi dapat disampaika­n terus kepada agensi dan jabatan kerajaan yang terlibat.

Beliau berkata, melalui usaha itu ia diyakini lebih berkesan berbanding program yang dilaksanak­an besar-besaran dan dari segi respon ia maklum balas yang positif.

“Pembangkan­g asyik menghentam pemimpin Umno dengan pelbagai dakwaan, jadi takkan kita terus berdiam sahaja. Itulah kita (Umno) turut mempertaha­nkan pemimpin kita dengan memberi penjelasan kepada rakyat agar mereka boleh menilainya. ” DATUK AZIZAH MOHD DUN Naib Ketua Wanita Umno

 ??  ?? AZIZAH sedang beramah mesra dengan sebahagian masyarakat yang hadir pada majlis itu.
AZIZAH sedang beramah mesra dengan sebahagian masyarakat yang hadir pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia