Utusan Borneo (Sabah)

Edwin akan bertanding pada PRU-14

- -Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU:Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kepayan Edwin Bosi (gambar) akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Katanya, banyak lagi masalah di Kepayan perlu dibawa ke perhatian kerajaan dan untuk itu beliau akan bertanding pada PRU nanti.

“Selaku Ketua Penyelaras Parti Anak Negeri Cawangan Penampang, saya akan bertanding tetapi kerusi mana, itu akan diketahui pada penamaan calon nanti.

“Kini sebagai Adun pembangkan­g Kepayan, saya tahu saya telah menjalanka­n tugas saya dengan terperinci.

“Masalah di Kepayan semuanya telah dibawa ke perhatian kerajaan seperti perparitan, jalan raya, jenayah, bekalan air, elektrik serta masalah sistem pembentung­an,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Beliau berkata, pelbagai masalah telah berjaya diselesaik­an di kawasan itu dengan bukti surat yang disimpan dan menerusi surat khabar.

Katanya, pelbagai persoalan telah diutarakan dalam sidang Dewan Undangan Negeri mengenai kawasan Kepayan.

“Walaupun tidak mempunyai peruntukan, saya mempunyai pasukan bergerak untuk membantu rakyat. Saya juga menyuaraka­n kepentinga­n untuk mempunyai satu muzium warisan bangsa Cina di sini.

“Oleh itu, saya akan meletakkan keputusan kepada rakyat untuk menilai usaha yang telah dilakukan saya selama lima tahun menjadi wakil rakyat di Kepayan,” katanya.

Selain itu, beliau juga menjelaska­n pembinaan jalan pintas di Kepayan kini mewujudkan pelbagai masalah kepada penghuni perumahan di sekitar seperti keselamata­n jalan raya dan banjir.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia