Utusan Borneo (Sabah)

Kuasai kitab suci al-Quran

Demi mendalami tentang ajaran-ajaran Islam

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

“Bagi merealisas­ikan hasrat itu, kemungkina­n satu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) akan ditetapkan agar dalam jangka masa dua hingga lima tahun akan datang, mereka (pemimpin masyarakat dan pegawai kerajaan) mampu menguasain­ya kitab suci ini

PEMBANTU Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Mohd. Arifin Arif menggesa pemimpin masyarakat termasuk pegawai-pegawai kerajaan menguasai kitab suci alQuran agar mereka mampu menghayati dengan lebih mendalam tentang ajaranajar­an Islam.

Menurutnya, pemimpin masyarakat yang terdiri daripada Ketua-ketua Kampung, Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan Dan Keselamata­n Kampung (JKKK) serta Ketua-ketua Adat di negeri ini perlu mempelajar­inya termasuk menguasai al-Quran agar mereka terus menjadi teladan yang baik kepada masyarakat Islam.

“Saya ingin menggalakk­an kepada seluruh pemimpin masyarakat serta kakitangan awam di negeri ini yang belum menguasai al-Quran agar mempelajar­inya bermula sekarang.

“Bagi merealisas­ikan hasrat itu, kemungkina­n satu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) akan ditetapkan agar dalam jangka masa dua hingga lima tahun akan datang, mereka (pemimpin masyarakat dan pegawai kerajaan) mampu menguasain­ya kitab suci ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurn­akan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Daerah Membakut di Dewan Mini Kampung Papas Mawao, pada malam Jumaat.

Dalam pada itu, Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Membakut memberitah­u, bagi pemimpin masyarakat dan pegawai kerajaan yang sudah menguasai al-Quran turut digalak bagi menguasai Tarannum al-Quran (lagu dan nyanyian).

Katanya, ia adalah penting, kerana sebagai umat Islam ia harus mempelajar­inya sekaligus menguasai Tarannum al-Quran.

Tambah Arifin, masyarakat Islam khususnya di Membakut dan daerah sekitarnya yang berminat untuk mempelajar­i Tarannum al-Quran boleh mendapatka­n khidmat daripada seorang guru yang didatangka­n khas yang amat mahir dalam bidang tersebut.

“Kita ada mendatangk­an seorang guru khas yang pakar dalam bidang Tarannum al-Quran ini untuk mengajar sesiapa sahaja di kawasan Membakut dan beliau (guru) boleh juga dimanfaat oleh masyarakat di daerah-daerah berdekatan,” katanya.

 ??  ?? ARIFIN berkata sesuatu kepada pemberita ketika ditemui selepas menyempurn­akan majlis Tilawah al-Quran Peringkat Daerah Membakut .
ARIFIN berkata sesuatu kepada pemberita ketika ditemui selepas menyempurn­akan majlis Tilawah al-Quran Peringkat Daerah Membakut .
 ??  ?? ARIFIN menyampaik­an hadiah kepada salah seorang peserta Tilawah al-Quran.
ARIFIN menyampaik­an hadiah kepada salah seorang peserta Tilawah al-Quran.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N oleh pelajar tahfiz sempena majlis itu.
PERSEMBAHA­N oleh pelajar tahfiz sempena majlis itu.
 ??  ?? SEBAHAGIAN masyarakat yang hadir pada majlis itu.
SEBAHAGIAN masyarakat yang hadir pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia