Utusan Borneo (Sabah)

Genarasi muda perlu kuasai ilmu asas capai kejayaan

-

GENERASI muda perlu mengutamak­an penguasaan ilmu sebagai asas mencapai kejayaan dan kecemerlan­gan supaya tidak ketinggala­n dalam arus pembanguna­n semasa.

Ketua Wanita Umno Silam Mizma Appehdulla­h berkata, kegagalan umat Islam memberi fokus kepada kepentinga­n ilmu sering menyebabka­n mereka tertindas dan sukar bersaing.

Katanya, sikap tidak ambil peduli di kalangan umat Islam, terutama di luar bandar perlu dihapuskan dan diganti dengan sikap positif ke arah kemajuan.

“Hanya mereka yang mementingk­an ilmu mampu mengeluark­an diri daripada kemunduran dan sikap itu perlu diamalkan oleh semua,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis Khatam alQuran dan Cukur Jambul peringkat Pusat Daerah Mengundi Kunak di Masjid Pekan Kunak pada Sabtu.

Majlis perasmian dirasmikan oleh Adun Kunak Datuk Nilwan Kabang yang juga Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar negeri Sabah.

Mizma berkata, alQuran adalah sumber ilmu dan rujukan terbaik bagi umat Islam, dengan syarat kandungann­ya dikaji, difahami dan dihayati sepenuhnya.

“Bagaimanap­un, kebanyakan umat Islam hari ini tidak meletakkan al-Quran dan sunnah sebagai panduan dalam mencapai kecemerlan­gan dan kemajuaan. Jika dihayati dan dikaji secara mendalam, al-Quran boleh membantu umat Islam maju dalam pelbagai bidang,” katanya.

Sementara itu, Adun Kunak Datuk Nilwan Kabang berkata, sejarah membuktika­n kecemerlan­gan dan kemajuan umat Islam masa lalu banyak bergantung kepada ilmu al-Quran.

Pada masa sama katanya, umat Islam juga perlu menguasai bahasa Inggeris serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi membolehka­n mereka bersaing pada peringkat antarabang­sa.

Katanya, generasi baharu yang berjaya adalah hasil didikan dan asuhan daripada beberapa ajaran Islam yang sebenar.

Masalah sosial yang melanda di negara pada masa kini adalah disebabkan kekurangan pengetahua­n ilmu agama dan penerapan nilai-nilai murni di kalangan remaja.

“Kurangnya pendidikan dan penerapan pembanguna­n model insan yang kukuh dalam sahsiah diri anak-anak muda masa kini, salah satu faktor ramai kalangan remaja terjebak dalam gejala sosial.

“Tiada pedoman yang lebih baik melainkan mempelajar­i kitab suci alQuran, kerana di dalamnya terdapat rahsia-rahsia segala bentuk ilmu pengetahua­n jika kita mempelajar­inya,” kata Nilwan lagi.

 ??  ?? MIZMA dan Nilwan bergambar dengan peserta yang menyertai majlis Khatam al-Quran dan Cukur Jambul peringkat Pusat Daerah Mengundi Kunak di Masjid Pekan Kunak.
MIZMA dan Nilwan bergambar dengan peserta yang menyertai majlis Khatam al-Quran dan Cukur Jambul peringkat Pusat Daerah Mengundi Kunak di Masjid Pekan Kunak.
 ??  ?? SEBAHAGIAN ibu-ibu yang menyertai cukur jambul berkenaan.
SEBAHAGIAN ibu-ibu yang menyertai cukur jambul berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia