Utusan Borneo (Sabah)

1,000 murid terima manfaat melalui Program Kembali Ke Sekolah

- Oleh YUSOP TEPPO

PELAKSANAA­N Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk Program Kembali Ke Sekolah telah memberi manfaat kepada 1,000 murid di Parlimen Beluran.

Menerusi program CSR itu, murid diberikan bantuan beg, kasut dan pakaian sekolah serta peralatan menulis.

Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menyifatka­n pelaksanaa­n program CSR syarikat berkenaan dapat membantu meringanka­n beban ibu bapa pelajar khususnya di kawasan luar bandar.

Katanya, ia sekaligus membantu usaha kerajaan dalam melaksanak­an program dan bantuan yang dapat meringanka­n beban rakyat.

“Diharapkan lebih banyak syarikat swasta dan GLC tampil melaksanak­an CSR untuk membantu rakyat yang memerlukan bantuan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Kembali Ke Sekolah anjuran Yayasan Afat Rahman dengan kerjasama Pejabat Parlimen Beluran di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpangan Paitan, pada Jumaat.

Ronald yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata, syarikat Boustead Berhad dan Felcra Berhad merupakan dua syarikat swasta dan GLC serta Yayasan Afat Rahman yang telah melaksanak­an program CSR di Parlimen Beluran.

Dalam pada itu beliau berkata, usaha menaik taraf prasarana pendidikan di kawasan Parlimen Beluran akan terus diberi keutamaan.

Katanya, ia termasukla­h pembaikan sekolah daif menerusi peruntukan RM1 bilion yang diumumkan pada bajet tahun ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk sekolah di negeri ini.

Menurutnya, usaha memperjuan­gkan prasarana dan kemudahan pendidikan di negeri ini akan terus disuarakan kepada Kerajaan Persekutua­n untuk diambil perhatian dan diselesaik­an.

Seramai 234 murid prasekolah, Tahap 1 dan Tahap 2 SK Simpangan Paitan menerima sumbangan berupa peralatan persekolah­an.

Turut hadir, Ketua Pemuda Umno Beluran Samad Jambri.

 ??  ?? RONALD (tengah) dan Samad bergambar bersama murid SK Simpangan Paitan.
RONALD (tengah) dan Samad bergambar bersama murid SK Simpangan Paitan.
 ??  ?? RONALD menyampaik­an beg sekolah kepada seorang murid.
RONALD menyampaik­an beg sekolah kepada seorang murid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia