Utusan Borneo (Sabah)

Pendidikan tunjang kejayaan TN50

-

BEAUFORT: Pendidikan menjadi salah satu keutamaan dalam dasar Transforma­si Nasional 2050 (TN50) bagi mewujudkan generasi masa depan berkemahir­an tinggi untuk mengisi keperluan negara.

Pengerusi Biro Pendidikan Umno Bahagian Beaufort Haji Mohd Fadzlee Abdullah berkata, bagi mencapai matlamat itu satu dasar pendidikan futuristik yang bersifat holistik dan inklusif diperlukan.

Katanya, dasar itu bukan hanya perlu meliputi kecemerlan­gan akademik sahaja malah perlu juga meliputi sahsiah dan kesihatan serta sifat positif murid itu sendiri. “Bagaimanap­un kebergantu­ngan usaha ini tidak semestinya disandarka­n kepada pihak kerajaan semata-mata khususnya Kementeria­n Pendidikan, tetapi kerjasama semua pihak termasuk badan badan NGO, syarikat berkenaan kerajaan (GLC) badan badan politik, guru-guru dan ibubapa perlu memiliki aspirasi yang tinggi dalam mencapai tahap kecermalan­gan dalam bidang pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengiringi pelajar-pelajar dari daerah Kuala Penyu dan Menumbok hadir ke Program Ziarah Kasih ‘Happy 2 School’ di Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir, di sini pada Sabtu.

Program itu dirasmikan oleh Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk Isnin Haji Aliasnih.

Menurut Mohd Fadzlee yang juga Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort, selari dengan Transforma­si Nasional 2050 (TN50) yang diperkenal­kan oleh kerajaan, ciri utama seperti kemahiran kepimpinan dan kemahiran berfikir diperlukan setiap murid untuk bersaing di peringkat global.

Dalamhalin­imenurutbe­liau, hasil atau faktor kemenjadia­n murid itu sendiri akan menjadi kayu ukur kejayaan dasar ini bagi menjana kemajuan negara pada masa akan datang.

“TN50, suatu gagasan yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan dasar futuristik bagi memeta hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun selepas 2020, di mana model insan yang berilmu dan berkualiti amat diperlukan bagi menjayakan agenda ini,” tegas beliau.

Mengulas program itu, Mohd Fadzlee berkata, ianya akan diteruskan pada masa akan datang sebagai satu pendekatan bagi menjana kemajuan pendidikan khususnya di kawasan Parlimen Beaufort.

 ??  ?? ISNIN menyerahka­n bantuan peralatan sekolah kepada seorang pelajar sempena program itu.
ISNIN menyerahka­n bantuan peralatan sekolah kepada seorang pelajar sempena program itu.
 ??  ?? MOHD Fadzlee (berdiri lima kiri) bersama Guru Besar SK Batu Linting Kuala Penyu Jamawih Kanapi (empat kiri) meninjau proses pendaftara­n pelajar dari daerah Kuala Penyu yang hadir ke program itu.
MOHD Fadzlee (berdiri lima kiri) bersama Guru Besar SK Batu Linting Kuala Penyu Jamawih Kanapi (empat kiri) meninjau proses pendaftara­n pelajar dari daerah Kuala Penyu yang hadir ke program itu.
 ??  ?? MOHD Fadzlee ketika mengiringi pelajar-pelajar dari SK. Pekan Menumbok yang hadir di majlis itu.
MOHD Fadzlee ketika mengiringi pelajar-pelajar dari SK. Pekan Menumbok yang hadir di majlis itu.
 ??  ?? MOHD Fadzlee (dua kiri) memerhatik­an gelagat pelajar pelajar sekolah dari daerah Kuala Penyu.
MOHD Fadzlee (dua kiri) memerhatik­an gelagat pelajar pelajar sekolah dari daerah Kuala Penyu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia