Utusan Borneo (Sabah)

Cerpen: Titisan Nur Kasih-Nya

-

DI pagi itu Mak Senah terus memandang ke arah matahari yang bersinar ceria.Burung berkicauan menyambut fajar menjelma tiba.

Mak Senah memandang ke arah dapurnya.“Eh! Apa yang nak masak hari ni ya,” desis hatinya sambil memandang baldi tempat menyimpan beras yang telah kosong itu.

Matanya terus melilau melihat keluar rumahnya seraya terlihat pokok ubi kayu di belakang rumah. Mak Senah bingkas bangkit lalu turun ke belakang rumahnya terus mengorek ubi kayu. Mak Senah tersenyum gembira melihat ubi kayu berisi yang besar-besar belaka. Selepas mencuci dan mengupas kulitnya di perigi belakang rumahnya, Mak Senah naik semula di atas rumah.

“Mak aku dah lapar ni,” tibatiba anaknya Julie berkata sambil menggosok-gosok matanya yang tersilau oleh pancaran matahari pagi.

“Sabarlah dulu ya nak tunggu ubi kayu ni masak dulu,” ujar Mak Senah sambil meniup api di tungku dapurnya sambil melihat anak-anaknya yang sedang bersiap-siap pergi sekolah pada pagi itu.

“Joel marilah sarapan dahulu sebelum jalan ke sekolah,” ujarnya sambil menyenduk ubi kayu yang telah masak.

“Baik mak,” ujar Joel yang sedang memakai pakaian seragam itu.

Pagi itu mereka bersarapan bersama anak-anaknya Joel, Jovita, Julia dan Julie, mereka minum Kopi O yang masih berwap panas dan makan ubi kayu rebus dengan penuh selera.

“Baik mak kami jalan ke sekolah dulu ya,” ujar anak Jovita sambil mengucup lengannya.

“Baik nak rajin-rajin belajar ya,” katanya sambil membelaibe­lai rambut anaknya, Joel yang kini berada di Tahun 6, Jovita dalam Tahun 5 dan Julia dalam Tahun 4 itu. Semoga anak-anakku akan berjaya, doanya dengan penuh pengharapa­n.Dia terus melihat anak-anaknya berjalan ke sekolah Rendah Kebangsaan Ambual,Keningau, 1 kilometer dari Kampung Merapok itu.

Matahari semakin bersinar garang menyinari alam, burungburu­ng terus berterbang­an di udara dengan meriah seakan mengucapka­n selamat pagi pada Mak Senah yang sedang berjalan menuju ke kebun bersama anaknya Julie. Mereka terus berjalan merempuhi semak belukar dan merentasi bukit-bukit curam sambil menyikut barait dan mendukung anaknya Julie yang belum pantas berjalan itu.

Di tubir matanya terbayang kentalan getah yang sekian lama dikumpul di sulap di kebunnya. Kali ni aku akan menjual kentalan itu untuk membeli beras, bisik hatinya terus berkata-kata perlahan sambil mengukir senyuman.Uiiii...penatnya berjalan, getus hatinya sambil menghela nafas panjang. Hatinya lega setelah tiba di kebunnya di Masabau pada pagi itu.Mak Senah segera melihat kearah kentalan getahnya tetapi hatinya berbunga hampa apabila mendapati kentalan getahnya telah hilang. Alahaiiii! Siapalah yang tergamak mencuri kentalan getahku, desis hatinya penuh sendu.Dia melihat di sekeliling sulapnya namun hampa kentalan getahnya tidak kelihatan di mana-mana.

“Nak kentalan getah kita telah dicuri orang,”ujarnya pada anaknya Julie yang sedang bermain-main biji getah itu.

“Jahatnya pencuri itu ya mak,” Julie berkata-kata sambil melihat emaknya.

“Iya nak penatnya emak menoreh getah, dicuri pula,” ujar mak Senah sambil melangkah pergi ke kebun getahnya.

“Eh! Julie duduk-duduk saja di sulap ya mak nak pergi menoreh getah dulu,” katanya pada anaknya Julie.

Satu persatu pokok getah ditorehnya dengan penuh kegigihan.Hatinya terus teringat kentalan getahnya yang telah dicuri orang itu. Agh! Agaknya bukan rezekiku, getusnya memujuk hatinya sendiri. Selepas menoreh aku nak mengorek haila pula untuk diual di tamu ground Keningau hari Ahad nanti, bisik hatinya sendirian.Dia tersenyum gembira apabila melihat susu getah yang menitis-nitis di mangkuk getah.

Matahari bersinar garang namun Mak Senah terus memungut susu getah yang telah berhenti mengalir itu. Uhu... penatnya, keluh hatinya sambil mengesat peluh. Setelah siap memproses getah itu dia menumpahka­n ke dalam acuannya lalu bergegas ke kebun halia yang bersebelah­an dengan kebun getahnya.

Matahari terus bersinar garang membakar kulit Mak Senah namun Mak Senah tetap tekun mengorek halia. Peluhnya terus mengalir di dahi. Dia melihat kearah halia yang berlonggok di bawah pokok betik. Mmm... dah banyak pun halia yang telah korek lepas ni nak cuci halia sebelum dijual, seraya mendongak pada matahari yang tegak di kepala itu. Eh! Dah tengahari pula patutlah aku sudah berasa lapar, desis hatinya seraya melangkah ke sulapnya. Dia mengeluark­an bekalan dari baraitnya dan diletakkan di atas tikar mengkuang yang telah terhidang nasi dan lauk jantung pisang bercampur ikan masin.

Tengahari itu mereka makan dengan penuh selera meskipun makanan mereka tidak sedap tapi Mak Senah tetap bersyukur dengan rezekinya. Selepas makan tengahari itu Mak Senah berehat sebentar sebelum menyambung kerjanya di sebelah petang nanti. Dia berehat di anjung sulapnya, angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa telah membuatkan terlena dengan nyenyaknya.

“Senah berjuangla­h demi anak-anak kita dan janganlah menidakkan takdir dalam hidup kerana tiada berlaku secara kebetulan,apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan tabahlah menghidapi segalanya, yakinlah esok yang pasti datang akan membawa titisan nur kasih-Nya padamu,” tiba-tiba terdengar bisikan halus di telinga Mak Senah seraya terlihat seraut wajah suaminya Fred di cakerawala.

“Oh! Abang,” keluhnya hatinya penuh sendu.Rupanya aku hanya bermimpi sahaja bisik hatinya dan kembali terkenang pada arwah suaminya yang telah dijemput pulang kembali kepadaNya kerana diserang penyakit barah otak beberapa tahun yang silam,moga abang aman di sana doanya dengan penuh pengharapa­n.

Petang itu Mak Senah terus mengangkat halianya menunuri curam bukit untuk dicuci di sungai sebelum dijual di tamu ground Keningau.Mak Senah terus berjalan perlahan menuruni cerun bukit dengan menyikut wakid menuju ke sungai. Uhu! Penatnya mendaki bukit-bukit ini,desis hatinya perlahan sambil merempuh semak belukar menuju ke sungai pada petang itu.Burung berkicau-kicau menyambut kehadiran senja.

Uiiii..penatnya, keluh hatinya sambil melihat matahari senja yang mula melabuhkan tirainya di pelabuhan senja yang terbias penuh dengan penuh keindahan. Agh! Alangkah cepatnya pintasan masa, desis hatinya sambil melihat longgokan halia di tepi sungai. Ah! Esok lagi aku menyambung mencucinya lalu mengatur langkah pulang ke rumahnya, di Kampung Merapok, 2 kilometer dari kebunnya.

Mak Senah terus berjalan merentasi semak belukar. Di kejauhan dia melihat rumahnya yang semakin usang dimamah zaman.Rumah peninggala­n arwah ibu bapa suaminya Fred yang beratapkan zink,berdinding papan yang telah dimakan anai-anai dan berlantai buluh terus kelihatan usang dalam keremangan senja.

“Oh! Alangkah daifnya kehidupank­u,” bisik hatinya penuh pilu.

“Mama datang! Mama datang!” jerit anak Julia menyambut kepulangan­nya di senja itu Mak Senah hanya tersenyum melihat anaknya Julia yang duduk di tangga rumah.

“Hah! Apa menung-menung tu Jovita dah masakkah?” ujarnya sambil melihat anaknya Jovita di ambang pintu.

“Dah masak nasi mak, ketua kampung beri kita beras mak,” kata Jovita sambil memandang emaknya.

“Ya mak,baiknya hati ketua kampung tu mak,” puji Joel yang bertenggek di atas dahan pokok mangga dekat rumah mereka.

“Ya nak hanyalah Tuhan yang dapat membalas budi baiknya,”kata Mak Senah berlalu ke perigi di belakang rumahnya untuk mandi pada petang itu.

Malam itu Mak Senah mereka makan bersama anak-anaknya. Mereka makan nasi berlaukkan paku pakis bercampur ikan masin, walaupun tidak sedap mereka tetap memakan dengan penuh selera.Selepas makan malam Mak Senah pun masuk ke biliknya oleh kerana di rumah mereka tiada televisyen. Anak-anak belajar di ruang tamu rumah. Malam semakin larut namun mata Mak Senah enggan terlelap juga.Hatinya amat risau tentang bayaran yuran peperiksaa­n USPR anaknya Joel.

“Mak Cikgu Andew kata yuran peperkisaa­n UPSR RM50.00 mesti dijelas segera,” kata-kata anaknya Joel kembali bergema relung telinganya.Agh! Manalah aku cari wang sebanyak itu,keluh hatinya perlahan,hanya bunyi cicak yang kedengaran seakan menjawap pertanyaan­nya. Akhirnya Mak Senah terlelap dengan lenanya.

Matahari belum bersinar ketika Mak Senah membuka tirainya,dia bangun seawalnya untuk menyediaka­n sarapan dan bekalannya ke kebun.Pagi itu Mak Senah pergi ke kebunnya seperti hari kelamrin.Dia berjalan perlahan ke kebunnya bersama anaknya Julie. Aku mesti berusaha untuk mencari sesuap rezeki bisik hatinya sambil berjalan.Ya, meski ranjau penuh berliku akan kutempuhi juga segalanya desis hatinya penuh semangat jitu.Sesampainy­a di kebunnya dia lantas pergi menoreh getah dengan penuh kegigihan. Satu persatu pokok getah ditorehnya. Hatinya lega setelah siap menoreh getah pagi itu.Apabila susu telah terhenti mengalir dia terus memungut susu hingga selesai.

Uiiii...penatnya, keluh hatinya sendirian sambil melihat kearah matahari yang bersinar garang. Perutnya sudah berkeronco­ng minta diisikan lalu Mak Senah melangkah kembali ke sulapnya. Dia mengeluark­an bekalan dari baraitnya lalu makan bersama anaknya Julie.Mereka makan nasi berlaukkan ikan masin dan jeruk bambangan.Syukur rezeki memberi kekuatan untuk berkerja,doa Mak Senah seraya bangkit menuju ke sungai untuk mencuci halianya. Esok hari Ahad dia akan pergi menjual halianya di tamu ground Keningau.

Mak Senah terus tekun mencuci halia. Nyamuk yang berdesing di telinganya tidak dihiraukan.Matahari mula terbenam ketika Mak Senah siap mencuci halianya.Agh! Dah senja pula sekejap lagi malam akan membuka tirainya,desis hatinya lantas menyikut halia dalam wakid.Perlahan-lahan Mak Senah berjalan menunuri cerun-cerun curam dengan berhati-hati. Kalau tergelinci­r pasti akan terjatuh ke jurang yang dalam.

Ayam mula berkokok menandakan dinihari sudah menjelang tiba.Pagi itu Mak Senah bangun seawalnya untuk bersedia ke Tamu Keningau. Jam dinding telah menunjukka­n angka 5.00 pagi. Mak Senah berdiri di tepi jalan raya menanti kereta yang hendak pergi Pekan Keningau. Matanya melilau melihat sekeliling­nya dalam kesamaran subuh. Tibatiba sebuah kereta berhenti di hadapannya. Bersambung di muka B7

 ??  ??
 ??  ?? Sekadar Gambar Hiasan
Sekadar Gambar Hiasan
 ??  ?? Karya ROZELINE VITALIS
Karya ROZELINE VITALIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia